Sebab Ingin Menjadi Pengawas Sekolah

Aku seorang pelajar tingkatan satu, aku bersekolah di sebuah sekolah luar bandar. Suatu hari aku terdengar satu pengguman semasa aku dan Ira dalam perjalan hendak ke kantin.

Adakah aku layak untuk menjadi seorang pengawas sekolah? belum cuba belum tahu, mana tahu ada rezeki aku. kan?

Anda semua tahu tak peranan sebagai seorang pengawas?? Nak tahu? Jom ‘scroll’ dan baca informasi yang ada di bawah ini

Peranan Seorang Pengawas

pengawas sekolah

Menjadi pengawas sekolah merupakan satu pencapaian bagi seorang murid atau pelajar sekolah. Ini kerana pengawas selalunya terdiri dari mereka yang cemerlang sama ada dari segi akademik, sahsiah, kepimpinan dan kokurikulum.

  • Mengawal disiplin pelajar.
  • Mementingkan imej diri dan menunjukkan teladan yang baik kepada pelajar dan pengawas junior.
  • Menjaga imej dan nama baik sekolah.
  • Membantu guru, pembantu kepada para guru dari segi penyampaian arahan atau maklumat kepada rakan-rakan pelajar.
  • Memastikan keceriaan sekolah dijaga.
  • Mematuhi peraturan sekolah sambil menguatkuasakannya.
  • Memimpin rakan-rakan pelajar.
  • Mencegah kes jenayah di sekolah.
  • Menghormati guru.
  • Tidak memberat sebelah dalam tugas harian.
  • Serius dan bersikap positif semasa menjalankan setiap tugas, sentiasa menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.
  • Mendisiplinkan diri sebelum mendisiplinkan pelajar lain.
  • Memastikan diri sendiri mencapai prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan disiplin.
  • Sentiasa peka terhadap apa yang berlaku dan memberikan cadangan dan pendapat kepada Lembaga Pengawas untuk memperbaiki keadaan.
  • Mengenalpasti pelajar-pelajar yang bermasalah disiplin dan cuba sedaya upaya untuk mengubah sikap mereka.
  • Mempengaruhi para pelajar untuk berdisiplin dan memberikan teguran kepada mereka yang bersalah.
  • Menyimpan rekod atau maklumat pelajar yang bersalah sebagai panduan masa hadapan.
  • Patuh kepada ketepatan masa. Para pengawas harus sampai ke tempat tugas lebih awal daripada masa yang ditetapkan.
  • Memastikan para pelajar beratur semasa membeli makanan di kantin.

Namun begitu tidak dinafikan pengawas mempunyai tanggungjawab yang besar dan menjadi harapan guru serta ibu bapa.

Kelebihan Menjadi Pengawas

  • Mengasah bakat kepimpinan  (pengawas di sesebuah sekolah mestilah ada jawatankuasa, ada mesyuarat, ada planning segala bagai yang pasti menuntut kita mengeluarkan segala bakat kepimpinan yang ada)
  • Peluang melakukan kebajikan kepada rakan, guru-guru dan sekolah terbuka luas. (dapat lah pahala kan)
  • Popular. (“tak kan tak kenal, pengawas yang rambut belah tepi tu..Yang selalu naikkan bendera tuu”)
  • Menambah markah kokurikulum
  • Belajar amanah (daripada melaksanakan pelbagai tugasan harian yang dipikul)
  • Menjaga diri supaya berdisiplin (aku tak kasi orang buat, takkan aku buat. Eh , nanti malulah nama pengawas)
  • Selamat daripada segala syak  a.k.a sentiasa dipandang baik (dia kan pengawas, takkan dia nak buat benda tuu)
  • Rapat dengan guru-guru (eh berkat guru tu penting apa?)
  • Gembirakan mak dan ayah (anak aku pengawas, kenapa nak Drogba tak dapat jadi? oh oh. bagusnya anak aku. Kita dapat pahala kan?)

Ciri-Ciri Seorang Pengawas

  • Anda mesti bersikap jujur dan tidak pentingkan pujian.
  • Seorang pengawas mestilah berani memberi soalan dan jawapan yang difikirkan baik.
  • Seorang pengawas haruslah bersikap positif dan terbuka bagi memberi sebarang tindakan.
  • Anda harus berani dan sanggup menghadapi masalah, cabaran serta risiko.
  • Anda mestilah terdiri daripada orang yang amanah sehingga dapat memikul tanggungjawab.
  • Anda tidak harus menyalahkan orang lain bagi kegagalan tetapi mengakui kelemahan diri.

Jika kamu masih keras untuk tidak memahami kami, aku pinta satu. Tolong letakkan diri kamu di tempat kami. Tolong rasa apa yang kami rasa.

Sesungguhnya kami tersenyum tika kamu mengumpat pelbagai macam mengenai kami kerana kami yakin dengan Dia.

Bukankah rancangan Dia tetap terhebat? Walaupun kami kadang kala jatuh kesedihan dengan apa yang kamu katakan, tetapi kami tanam dalam-dalam kekuatan menjadi pemimpin dalam sanubari kami

Masihkah kamu keras? aku pinta sebuah lagi permintaan. Tolong fikirkan keadaan dunia yang tiada peraturan.

Tiada insan yang berminat untuk menegur, menjaga dan melaksanakan peraturan. Bagaimanakah? Bahagiakah hidup kita ketika itu?

Leave a Comment