Memperbanyak bahan bacaan dan rujukan meningkatkan penggunaan pusatsumber sekolah. Pusat sumber sekolah yang dilengkapi dengan pelbagaibahan bacaan seperti buku, majalah dan, akhbar.
Komputer dengan kemudahan internet dapat memudahkan murid-muridmembuat rujukan. Mengadakan pertandingan nilam juga mampu meningkatkan penggunaanpusat sumber sekolah.
Pertandingan nilam seperti bahan-bahan bacaan berunsur eksyen bahasa Melayu dan bahasa Inggeris serta bahan bacaan bukan eksyen bahasa Melayu dan bahasa Inggeris berupaya mendorongmurid-murid mengunjungi pusat sumber sekolah.
Apa Sebab Mengapa Hendak Menjadi Pengawas PSS
Saya berminat menjadi sebagai seorang pengawas PSS kerana di pusat sumber terdapat banyak bahan bacaan. Di samping itu, saya dapat mengetahui informasi yang baharu dan terkini.

Saya juga ingin menjalankan tugas saya dengan penuh semangat dan dedikasi. Temuduga ini adalah sebuah peluang yang baik untuk saya dan saya berjanji akan memikul tugas ini dengan penuh amanah, jujur dan penuh tanggung jawab.
Cadangkan Cara Untuk Mempertingkatkan PSS
- Memperbanyakkan bahan bacaan dan rujukan. Pusat sumber sekolah perlu dilengkapi dengan pelbagai bahan bacaan seperti buku, majalah dan akhbar.
- Menambah komputer dengan kemudahan Internet bagi memudahkan murid-murid membuat rujukan.
- Mengadakan pertandingan nilam bagi meningkatkan penggunaan pusat sumber sekolah. Pertandingan nilam seperti bahan-bahan bacaan berunsur fiksyen bahasa Melayu dan bahasa Inggeris serta bahan bacaan bukan fiksyen bahasa Melayu dan bahasa Inggeris berupaya mendorong murid-murid mengunjungi pusat sumber sekolah.
Tugas Seorang Pengawas PSS
- Membantu memproseskan buku seperti megecop, melabel dan sebagainya.
- Menjalinkan hubungan yang baik dengan para pengunjung.
- Membaikpulih bahan-bahan yang rosak seperti membalut buku dan sebagainya.
- Menjalankan pelbagai aktiviti yang dirancangkan oleh pihak sekolah dan juga guru-guru PSS.
- Membersihkan PSS supaya sentiasa berada dalam keadaan kemas.
- Membantu dalam pengedaran bahan buku seperti meminjam dan memulang.
- Membantu dalam menyusun buku-buku di dalam rak buku dengan rapi.
- Menjalankan tugas -tugas lain yang dirancang oleh guru PSS dari semasa ke semasa.
Apa Sumbangan Anda Jika Terpilih Sebagai Pengawas PSS
Saya akan membuat kerja-kerja yang diarahkan oleh guru-guru PSS. Saya juga akan membantu pengawas-pengawas PSS yang lain untuk membuat kerja dengan lebih cepat dan mudah.
Di samping itu, saya juga akan memastikan suasana yang kondusif di pusat sumber sekolah agar murid-muris dapat menambah ilmu pengetahuan dalam keadaan yang selesa.