Sebab Ingin Menjadi Pembimbing Rakan Sebaya

Pembimbing Rakan Sebaya akan dilatih di dalam bidang perhubungan manusia supaya ia berupaya menggalakkan kawan-kawan berbincang tentang masalah, pandangan, kebimbangan, dan lain-lain aspek lagi.

Maklumat-maklumat yang diberi akan dirahsiakan. Pembimbing Rakan Sebaya dilatih bagaimana menjadi seorang kawan yang berkesan melalui pembinaan hubungan yang berasaskan rasa hormat dan faham.

Apa itu Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ?

Ia adalah seorang pelajar yang berkhidmat dan membantu pelajar lain, terutama mereka yang memerlukan pertolongan di dalam mengendalikan masalah.

pembimbing rakan sebaya

Pembimbing Rakan Sebaya akan diselia dengan teliti oleh Guru Kaunseling dalam masa mereka menjalankan tugas.

Satu faedah yang didapati ialah dalam masa mereka menolong kawab memahami diri dan masalahnya, Pembimbing Rakan Sebaya sendiri akan belajar memahami dirinya sendiri. Ini yang dipanggil kesedaran-kendiri (self-awareness).

Sebagai seorang PRS, peranan yang perlu mereka lakukan adalah:

  • Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling.
  • Membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
  • Sebagai salah satu sumber rakan untuk mendapat bantuan.
  • Sebagai penghubung kepada khidmat bimbingan dan kaunseling seperti membuat rujukan jika perlu.
  • Sebagai peninjau rasa kepada Kaunselor/Guru Bimbingan dan Kaunseling menjalankan strategi intervensi jika perlu.
  • Sebagai Role Model kepada pelajar lain.
  • Menjadi fasilitator yang bersikap terbuka, yakin dan percaya diri, berasa selesa dan berempati.
  • Menernima rakan secara terbuka dan tanpa syarat.
  • Mendengar, menjelas dan membantu rakan melihat beberapa alternatif sebelum membuat keputusan.
  • Mmeberi galakan dan sokongan untuk rakan mengambil langkah positif.
  • Mematuhi etika kerahsiaan.
  • Menyedari bahawa bukan semua masalah boleh diatasi.
  • Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi masalah biasa/normal.
  • Memimpin rakan melihat masalah dengan objektif dan menggalakkanya mencari penyelesaian sendiri supaya ia belajar melalui pengalamannya.
  • Menjalankan program membantu sambil mempengaruhi rakan lain supaya melibatkan diri.
  • Mengutamakan kesejahteraan diri dan memahami batsan diri untuk membantu.

Apa ciri-ciri Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ?

  • Seorang yang mesra dan senang bergaul dan berupaya menolong orang lain.
  • Mempunyai sifat menerima, sabar, mengambil berat, berminat dan boleh dipercayai.
  • Mempunyai sikap yang positif terhadap kawan-kawan sebaya, sekolah, dan juga orang dewasa.
  • Apa tanggungjawab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ?
  • Menjadi pendengar yang faham kepada masalah kawan.
  • Membantu Guru Kaunseling dalam aktiviti bimbingan dan kaunseling.
  • Membantu pelajar baru dalam masa orientasi.
  • Memimpin kumpulan perbincangan.
  • Membantu Guru Kaunseling dalam kaunseling kelompok.
  • Menjadi tenaga pengajar kepada pelajar yang lemah dalam satu-satu mata pelajaran.
  • Menjadi sebagai contoh/model.
  • Merancang projek membantu pelajar-pelajar yang memerlukan pertolongan dari segi moral dan material.
  • Menolong menjayakan kempen-kempen untuk faedah pelajar umumnya.

Sebagai PRS mereka perlu sentiasa ingat dan patuh kepada etika ,iaitu:

  • Amanah dan menyimpan rahsia.
  • Menerima dan menghormati rakan dan orang lain.
  • Memahami batasan dan keupayaan diri.
  • Sentiasa berusaha meningkatkan diri dari pelbagai aspek.
  • Melapor kepada guru bimbingan dan kaunseling tentang kes yang boleh merosakkan diri dan/orang lain.
  • Merujuk kes rumit kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling.
  • Mematuhi peratran sekolah, norma masyarakat dan agama.

Kata Kunci:

  • sebab ingin menjadi pembimbing rakan sebaya

Leave a Comment