Mandi wajib ataupun mandi junub disebut juga mandi hadas besar adalah mandi yang perlu dilakukan oleh seseorang Muslim untuk membersihkan dirinya daripada hadas besar dan melibatkan perbuatan mandi dengan membasahi seluruh anggota badan.
Seseorang lelaki atau perempuan yang mengeluarkan air mani secara sengaja atau tidak, wajib baginya mandi wajib
Mandi wajib ataupun mandi junub adalah wajib ke atas orang Muslim untuk membersihkan dirinya daripada hadas besar.
Sebab Mandi Wajib/Junub

Seorang Muslim (laki/perempuan) perlu mengerjakan mandi wajib dalam keadaan berikut :
- Jimak iaitu melakukan persetubuhan (bertemu dua khitan) apabila zakar dimasukkan ke dalam faraj walaupun tidak keluar air mani.
- Keluar air mani walaupun zakar tidak dimasukkan ke dalam faraj. Begitu juga keluar air mani kerana bermimpi syahwat (wet dream)
- Keluar darah Haid bagi wanita.
“Jika datang haid, maka tinggalkan solat. Dan jika telah lewat, maka mandi dan Solatlah” (HR. Al Bukhari no. 320, Muslim no. 333, Abu Daud no. 279, At Tirmizi no. 125 dan An Nasa’i I/186)” - Nifas iaitu darah yang keluar dari faraj wanita ketika melahirkan anak (Wiladah)
- Wiladah – wanita yang melahirkan anak.
- Mati kecuali mati syahid
- Masuk Islam orang dari ajaran sebelumnya (“kafir”).
Dari Qais bin Ashim, ia menceritakan bahawa ketika ia masuk Islam, Nabi SAW menyuruhnya mandi dengan air dan bidara (HR. At Tirmidzi no. 602 dan Abu Dawud no. 351, disahihkan oleh Syeikh Albani dalam Irwaa’ul Ghalil no. 128)
Rukun Mandi Wajib/Junub
Rukun mandi ada tiga perkara meliputi
- Niat dengan tujuan membezakan ibadat dan adat. Niat ini sekadar dilafazkan di dalam hati dan tidak perlu dilafazkan secara zahir (secara lisan)
- Menghilangkan kotoran dan najis pada badan.
- Meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir termasuk segala lipatan-lipatan badan. (Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah)
Niat Mandi Wajib/Junub

Niat mandi wajib secara ringkasnya adalah “Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala. “Niat itu hendaklah disertakan ketika air sampai ke bahagian anggota badan. Lafaz niat yang lain “nawaitul ghusla liraf’il hadatsil akbari janabati fardhal lillaahi ta’aalaa” (Ertinya: Sahaja aku mandi wajib untuk menghilangkan hadas besar dan mandi wajib kerana Allah Taala)
Untuk wanita yang mandi wajib kerana hadas haid, niat mandi wajib adalah “Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” manakala bagi wanita yang habis nifas, niat mandi wajib ialah “Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala“.
Niat mandi wajib hendaklah dilafazkan apabila mula terkena air kepada mana-mana bahagian anggota mandi. Sekiranya niat dilafazkan selepas dia telah membasuh anggota badannya, mandi wajibnya tidak sah dan dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air ke seluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah dan dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air ke seluruh anggota badannya.
Orang yang tidak berniat mandi wajib tidak memenuhi rukun mandi wajib dan dengan itu tidak boleh dikatakan telah mengerjakan mandi wajib. Dia hanya sekadar mengerjakan mandi biasa (mandi adat), dan masih terikat dengan larangan yang dikenakan ke atas orang yang berhadas besar.
Tulisan ini diambil daripada:
Kata kunci:
- mandi wajib sebab
- sebab mandi wajib
- sebab mandi wajib bagi perempuan
- sebab mandi wajib bagi wanita
- sebab mandi wajib perempuan
- sebab perlu mandi wajib
- sebab sebab mandi wajib