Sebab Malayan Union Diperkenalkan dan Cirinya

Malayan Union yang ditubuhkan pada 1 April 1946 di King’s House (Carcosa Seri Negara) selepas Perang Dunia II merupakan sebuah gabungan Negeri-Negeri Melayu dengan Negeri-Negeri Selat (tanpa Singapura).

Pengenalan Malayan Union pada tahun 1946 merupakan usaha British untuk menghapuskan negara dan bangsa yang telah dibina sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Sebab-sebab British memperkenalkan Malayan Union adalah sebagai persediaan kepada Tanah Melayu ke arah membentuk pemerintaahn sendiri. Seterusnya , British juga menginginkan pentadbiran yang licin dan menjimatkan kos.

Perkara Penting Sebab Malayan Union Diperkenalkan

  1. British ingin menghapuskan negara dan bangsa yang dibina sejak zaman kesultan Melayu Melaka. Sebelum ini British menerima Orang Melayu sebagai pemilik Tanah Melayu.
  2. Malayan Union adalah persediaan kepada Tanah Melayu kearah pembentukan kerajaan sendiri.
  3. British ingin pentadbiaran yang licin dan menjimatkan kos.
  4. British berhasrat membentuk bangsa Malayan Union supaya pendatang dapat melupakan negara asal mereka dan menunpukan taat kepada Malayan Union.
  5. British ingin memastikan sumber tanaga dan pelaburan untuk memajukan ekonomi Tanah Melayu tidak terbantuk.
  6. British ingin menjamin penguasaan berterusan sumber ekonomi Tanah Melayu.
  7. British ingin mengurangkan kuasa politik orang Melayu.

Sebelum Perang Dunia Kedua, Tanah Melayu terbahagi kepada tiga unit pentadbiran yang berbeza, iaitu Negeri-Negeri Selat(NNS), Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu(NNMTB) Kepelbagaian sistem ini telah menelan kos yang besar dan menyebabkan pembangunan ekonomi di setiap negeri tidak seimbang.

Oleh itu, tiga unit pentadbiran tersebut telah digabungkan bagi menjimatkan kos. Selain itu, British berhasrat membentuk sebuah bangsa Malayan Union supaya golongan pendatang dapat melupakan negara asal mereka dan menumpukan taat setia kepada Malayan Union.

Justeru, British dapat memastikan sumber tenaga dan pelaburan untuk memajukan ekonomi Tanah Melayu tidak terbantut .Di samping itu, British dapat menjamin penguasaan yang berterusan terhadap sumber ekonomi Tanah Melayu selain mengurangkan kuasa politik orang Melayu. Ia juga untuk mengurangkan kuasa politik orang Melayu.

Ciri Ciri Malayan Union

Perjanjian Malayan Union 1946 telah menggabungkan semua negeri di Tanah Melayu dalam satu unit pentadbiran. Syarat-syarat utama Perjanjian Malayan Union ialah semua Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri Melayu Tidak Bersekutu serta dua Negeri Selat, disatukan.

Seterusnya, seorang gabenor British yang dilantik oleh Baginda Ratu England akan mengetuai Malayan Union. Selain itu ,Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Malayan Union dibentuk. Singapura diasingkan kerana kepentingannya sebagai pelabuhan bebas.

Disamping iu, Kewarganegaraan sama rata dengan prinsip jus soli menjadi asas kerakyatan Malayan Union. Raja-Raja Melayu menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu yang hanya membincangkan soal agama Islam dan adat istiadat Melayu. Seterusnya, seorang Pesuruhjaya Negeri dilantik bagi setiap negeri sebagai ketua pentadbir.

Sebab Sebab Orang Melayu Menentang Malayan Union

Sebab sebab orang melayu menentang Malayan union Orang Melayu menentang Malayan Union kerana tindakan Sir Harold MacMichael yang mengugut Raja-Raja Melayu untuk diturunkan takhta sekiranya enggan menerima Malayan Union seperti yang terjadi kepada Sultan Badlishah, Kedah.

Sultan tidak diberikan masa yang cukup berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri seperti yang berlaku kepada Sultan Perak. Terdapat Sultan yang menandatangani Perjanjian Malayan Union atas dasar setia kawan kepada British seperti Sultan Selangor dan Sultan Johor.

Seterusnya, bagi orang Melayu, keadaan selepas Perang Dunia Kedua tidak sesuai untuk British membuat pembaharuan politik.

Selain itu, Orang Melayu menentang penghakisan kuasa Raja-Raja Melayu dalam Malayan Union kerana hanya menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu tanpa sebarang kuasa. Disamping itu, Raja-Raja Melayu kehilangan takhta dan kredibiliti sebagai ketua orang Melayu.

Zakat fitrah dipungut di bawah nama Gabenor Malayan Union bertentangan dengan kedudukan Sultan sebelum ini yang merupakan ketua agama Islam.

Sterusnya, Orang Melayu bimbang agama Islam akan tercabar. Pemberian kerakyatan yang longgar kepada orang dagang akan mengancam status quo orang Melayu sebagai peribumi.

Disamping itu, jumlah orang Melayu akan menjadi kecil dengan kemasukan orang dagang manakala ekonomi dan pendidikan mereka akan bertambah mundur.

Orang Melayu juga bimbang akan kehilangan warisan tamadun yang telah dibina oleh Kerajaan Melayu seperti Kesultanan Melayu Melaka dan menghapuskan sejarah kerajaan Melayu.

Leave a Comment