Dokumen Perniagaan merupakan dokumen yang bertulis urus niaga antara peniaga dengan pembekal. Bukti bertulis penting dalam perakaunan untuk tujuan rujukan dan perekodan.
Dalam satu dokumen, perkara penting yang akan diambil ialah tarikh, amaun dan butiran urus niaga. Dokumen perniagaan perlu disimpan dengan sistematik adalah bertujuan:
- Bukti bertulis menunjukkan urus niaga berlaku
- Maklumat seperti tarikh, amaun, butiran, syarat pembayaran dan diskaun niaga diperlukan untuk perekodan
- Sebagai rujukan pada masa akan datang
- Sebagai bahan bukti siasatan jika berlaku kes penyelewengan yang diperlukan oleh pihak polis dan mahkamah
- Bukti untuk taksiran cukai pendapatan perniagaan
Terdapat 2 jenis dokumen perniagaan iaitu dokumen sumber dan dokumen bukan sumber. Dokumen Sumber merupakan dokumen digunakan untuk merekod butiran dalam perakaunan. Dokumen bukan sumber pula ialah dokumen digunakan untuk rujukan sesuatu urus niaga yang akan dan telah direkodkan.
Carta aliran Dokumen antara Pembeli dengan Pembekal
- Aliran dokumen bagi urus niaga secara tunai
- Aliran dokumen bagi urus niaga secara kredit
Salah satu sebab makluman kredit dikeluarkan ialah Faedah simpanan tetap dan Dividen atas pelaburan.
Masalah utama calon SPM dalam menjawab soalan dokumen ialah menggunakan masa yang terlalu lama untuk menyelesaikan. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan dokumen ialah tidak melebih 50 minit. Tetapi jika kita menggunakan cara / teknik yang betul pelajar dapat siapkan dalam masa 30 minit sahaja.
Teknik menjawab soalan latihan dengan teknik untuk menjawab soalan peperiksaan lain caranya. Semasa peperiksaan MASA sangat penting, jadi kita perlu menggunakan teknik yang menjimatkan masa supaya kita mempunyai masa yang cukup untuk menjawab soalan2 yang lain dan melakukan penyemakan.
Tekniknya seperti berikut :
- Sebelum Ketua Pengawas Peperiksaan mengumumkan peperiksaan bermula – pelajar sepatutnya menggunakan masa tersebut untuk menulis No. Angka Giliran pada setiap helaian kertas jawapan serta menyiapkan FORMAT JURNAL AM, JURNAL KHAS dan BUKU TUNAI.
- Apabila peperiksaan bermula, terus baca soalan, kenal pasti NAMA SYARIKAT KITA, BARANG NIAGA, BARU MULA (MODAL) / MULA LAMA (BAKI B/B).
- Catatkan catatan permulaan tersebut ke dalam JURNAL AM, manakala TUNAI dan BANK masukkan pula ke dalam BUKU TUNAI.
- Seterusnya terus ke Dokumen 1 – kenalpasti JA,JJ,JB,JPJ,JPB @ BT. Dan terus rekodkan ke dalam Buku Catatan Pertama yang terlibat.
- Kemudian terus ke Dokumen 2 – kenalpasti dan terus rekod dalam BCP yang berkenaan.
- Dokumen 3 hingga Dokumen 12 – kenalpasti dan terus rekodkan (satu persatu).
- Poskan JURNAL AM ke akaun2 yang terlibat dalam LEJAR.
- Tutup setiap JURNAL KHAS dan postkan ke LEJAR.
- Imbangkan BUKU TUNAI dan postkan ke LEJAR
- Imbang dan tutup semua akaun dalam lejar.
- Akhir sekali sediakan Imbangan Duga.
Imbangan Duga yang tidak seimbang tidak menggambarkan apa yang anda buat salah, mungkin tersilap pada 1 @ 2 akaun/catatan sahaja dan markah yang hilang hanya 1 @ 2 markah sahaja daripada 29 markah.
Walaupun tidak seimbang anda jangan bimbang TERUS menjawab soalan2 yang lain dahulu, jika ada lebihan masa nanti barulah anda buat semakan semula pada soalan tersebut. Ini kerana untuk menyemak / mengesan kesilapan biasanya mengambil masa yang agak lama mungkin 5 atau 10 minit.
Sedangkan kesilapan tersebut hanya memberikan 2 markah sahaja. Adalah lebih baik gunakan masa 5 atau 10 minit tadi untuk menjawab soalan lain dahulu yang mana markah yang mungkin akan diperolehi ialah 7 atau 8 markah.
Apabila perniagaan memasukkan cek ke dalam akaun semasa dengan menggunakan mesin deposit cek, maka dokumen Slip Bank/Slip Deposit Bank akan keluar dari mesin tersebut sebagai bukti cek telah dimasukkan ke dalam bank.
Slip Transaksi Perbankan Elektronik Digunakan apabila perniagaan memasukkan wang tunai ke dalam bank melalui mesin deposit tunai di bank
Apabila perniagaan menggunakan perkhidmatan bank secara atas talian, maka pihak bank akan mengeluarkan dokumen ini sebagai bukti pembayaran atau penerimaan, dokumen Urus Niaga atas Talian menunjukkan perniagaan membuat bayaran kepada pihak penerima melalui Bank Islam
Tulisan ini diambil daripada:
- https://cgnarzuki.com/perakaunan/dokumen/
- https://www.saidisulong.com/2018/02/modul-3-dokumen-perniagaan-sebagai.html#gsc.tab=0
Kata kunci:
- sebab makluman kredit dikeluarkan
- sebab import malaysia meningkat