Punca Aircond Kereta Tak Sejuk dan Penyelesaiannya

Sistem aircond sebenarnya bukan menyejukkan udara dengan menyemburkan gas aircond ke udara itu. Ianya adalah satu sistem tertutup, maknanya gas aircond itu kekal di dalam sistem paip.

Kalau tidak bocor, gas aircond tidak akan habis. Apa yang sistem aircond lakukan ialah dengan ‘memindahkan haba dari satu takungan ke takungan lain’.

punca aircond kereta rosak

Haba yang dipindahkan, bukan menyejukkan haba. Haba dari dalam kabin kereta dikeluarkan ke luar kereta.

Punca yang Sebabkan Aircond Kereta Korang Tak Sejuk

Di sini ada beberapa punca-punca masalah aircond kereta tidak sejuk terjadi tetapi kebiasaanya ialah :

  1. Compressor tak berfungsi
  2. Condenser fan rosak
  3. Filter drier kotor tersumbat
  4. Expansion valve rosak
  5. Cooling coil terlalu kotor
  6. Gas aircond bocor

Gas aircond dimampatkan oleh kompressor (yang menggunakan kuasa dari enjin kereta). Apabila termampat, hukum gas (PV =mRT) menyatakan, suhu akan bertambah. Jadi, gas aircond yang dimampat tadi mempunyai suhu yang melebihi suhu udara di luar.

Apabila kipas aircond berpusing atau kereta bergerak laju, angin luar yang lebih sejuk akan menyejukkan gas aircond ini dan dalam masa yang sama gas akan bertukar menjadi cecair. Apakah yang berlaku? Sebenarnya tenaga haba dipindahkan dari gas aircond ke udara luar.

Apabila cecair aircond tadi melalui injap pengembang (expansion valve), cecair itu tadi akan tersembur dan di dalam gegelung penyejuk (evaporator / cooling coil). Cecair tu akan kembali bertukar kepada bentuk gas.

Hasilnya, dengan prinsip yang sama (PV=mRT), gas itu menjadi lebih sejuk sama seperti apabila menyembur aerosol lama-lama, tin itu akan menjadi sejuk. Kenapa gas aircond itu menjadi sejuk? Kerana sedikit tenaga haba telah dikeluarkan tadi.

Tulisan ini diambil daripada:

  • https://www.acscarservice.com/punca-dan-masalah-aircond-kereta-anda-tak-sejuk/
  • https://zainiworpress.wordpress.com/2016/09/26/system-penyejuk-udara-mobil/

Kata kunci:

  • sebab aircond kereta tak sejuk
  • sebab aircond kereta tidak sejuk

Leave a Comment