Sebab Malayan Union Diperkenalkan dan Cirinya

Sebab Malayan Union Diperkenalkan dan Cirinya

Malayan Union yang ditubuhkan pada 1 April 1946 di King’s House (Carcosa Seri Negara) selepas Perang Dunia II merupakan sebuah gabungan Negeri-Negeri Melayu dengan Negeri-Negeri Selat (tanpa Singapura).

Pengenalan Malayan Union pada tahun 1946 merupakan usaha British untuk menghapuskan negara dan bangsa yang telah dibina sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Sebab-sebab British memperkenalkan Malayan Union adalah sebagai persediaan kepada Tanah Melayu ke arah membentuk pemerintaahn sendiri. Seterusnya , British juga menginginkan pentadbiran yang licin dan menjimatkan kos.

Perkara Penting Sebab Malayan Union Diperkenalkan

  1. British ingin menghapuskan negara dan bangsa yang dibina sejak zaman kesultan Melayu Melaka. Sebelum ini British menerima Orang Melayu sebagai pemilik Tanah Melayu.
  2. Malayan Union adalah persediaan kepada Tanah Melayu kearah pembentukan kerajaan sendiri.
  3. British ingin pentadbiaran yang licin dan menjimatkan kos.
  4. British berhasrat membentuk bangsa Malayan Union supaya pendatang dapat melupakan negara asal mereka dan menunpukan taat kepada Malayan Union.
  5. British ingin memastikan sumber tanaga dan pelaburan untuk memajukan ekonomi Tanah Melayu tidak terbantuk.
  6. British ingin menjamin penguasaan berterusan sumber ekonomi Tanah Melayu.
  7. British ingin mengurangkan kuasa politik orang Melayu.

Sebelum Perang Dunia Kedua, Tanah Melayu terbahagi kepada tiga unit pentadbiran yang berbeza, iaitu Negeri-Negeri Selat(NNS), Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu(NNMTB) Kepelbagaian sistem ini telah menelan kos yang besar dan menyebabkan pembangunan ekonomi di setiap negeri tidak seimbang.

Oleh itu, tiga unit pentadbiran tersebut telah digabungkan bagi menjimatkan kos. Selain itu, British berhasrat membentuk sebuah bangsa Malayan Union supaya golongan pendatang dapat melupakan negara asal mereka dan menumpukan taat setia kepada Malayan Union.

Justeru, British dapat memastikan sumber tenaga dan pelaburan untuk memajukan ekonomi Tanah Melayu tidak terbantut .Di samping itu, British dapat menjamin penguasaan yang berterusan terhadap sumber ekonomi Tanah Melayu selain mengurangkan kuasa politik orang Melayu. Ia juga untuk mengurangkan kuasa politik orang Melayu.

Ciri Ciri Malayan Union

Perjanjian Malayan Union 1946 telah menggabungkan semua negeri di Tanah Melayu dalam satu unit pentadbiran. Syarat-syarat utama Perjanjian Malayan Union ialah semua Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri Melayu Tidak Bersekutu serta dua Negeri Selat, disatukan.

Seterusnya, seorang gabenor British yang dilantik oleh Baginda Ratu England akan mengetuai Malayan Union. Selain itu ,Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Malayan Union dibentuk. Singapura diasingkan kerana kepentingannya sebagai pelabuhan bebas.

Disamping iu, Kewarganegaraan sama rata dengan prinsip jus soli menjadi asas kerakyatan Malayan Union. Raja-Raja Melayu menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu yang hanya membincangkan soal agama Islam dan adat istiadat Melayu. Seterusnya, seorang Pesuruhjaya Negeri dilantik bagi setiap negeri sebagai ketua pentadbir.

Sebab Sebab Orang Melayu Menentang Malayan Union

Sebab sebab orang melayu menentang Malayan union Orang Melayu menentang Malayan Union kerana tindakan Sir Harold MacMichael yang mengugut Raja-Raja Melayu untuk diturunkan takhta sekiranya enggan menerima Malayan Union seperti yang terjadi kepada Sultan Badlishah, Kedah.

Sultan tidak diberikan masa yang cukup berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri seperti yang berlaku kepada Sultan Perak. Terdapat Sultan yang menandatangani Perjanjian Malayan Union atas dasar setia kawan kepada British seperti Sultan Selangor dan Sultan Johor.

Seterusnya, bagi orang Melayu, keadaan selepas Perang Dunia Kedua tidak sesuai untuk British membuat pembaharuan politik.

Selain itu, Orang Melayu menentang penghakisan kuasa Raja-Raja Melayu dalam Malayan Union kerana hanya menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu tanpa sebarang kuasa. Disamping itu, Raja-Raja Melayu kehilangan takhta dan kredibiliti sebagai ketua orang Melayu.

Zakat fitrah dipungut di bawah nama Gabenor Malayan Union bertentangan dengan kedudukan Sultan sebelum ini yang merupakan ketua agama Islam.

Sterusnya, Orang Melayu bimbang agama Islam akan tercabar. Pemberian kerakyatan yang longgar kepada orang dagang akan mengancam status quo orang Melayu sebagai peribumi.

Disamping itu, jumlah orang Melayu akan menjadi kecil dengan kemasukan orang dagang manakala ekonomi dan pendidikan mereka akan bertambah mundur.

Orang Melayu juga bimbang akan kehilangan warisan tamadun yang telah dibina oleh Kerajaan Melayu seperti Kesultanan Melayu Melaka dan menghapuskan sejarah kerajaan Melayu.

Apa Sebab Makluman Kredit Dikeluarkan

Apa Sebab Makluman Kredit Dikeluarkan

Dokumen Perniagaan merupakan dokumen yang bertulis urus niaga antara peniaga dengan pembekal. Bukti bertulis penting dalam perakaunan untuk tujuan rujukan dan perekodan.

Dalam satu dokumen, perkara penting yang akan diambil ialah tarikh, amaun dan  butiran urus niaga. Dokumen perniagaan perlu disimpan dengan sistematik adalah bertujuan:

  • Bukti bertulis menunjukkan urus niaga berlaku
  • Maklumat seperti tarikh, amaun, butiran, syarat pembayaran dan diskaun niaga diperlukan untuk perekodan
  • Sebagai rujukan pada masa akan datang
  • Sebagai bahan bukti siasatan jika berlaku kes penyelewengan yang diperlukan oleh pihak polis dan  mahkamah
  • Bukti untuk taksiran cukai pendapatan perniagaan

Terdapat 2 jenis dokumen perniagaan iaitu dokumen sumber dan dokumen bukan sumber. Dokumen Sumber merupakan dokumen digunakan untuk merekod butiran dalam perakaunan. Dokumen bukan sumber pula ialah dokumen digunakan untuk rujukan sesuatu urus niaga yang akan dan telah direkodkan. 

Carta aliran Dokumen antara Pembeli dengan Pembekal

  • Aliran dokumen bagi urus niaga secara tunai
  • Aliran dokumen bagi urus niaga secara kredit

Salah satu sebab makluman kredit dikeluarkan ialah Faedah simpanan tetap dan Dividen atas pelaburan.

Masalah utama calon SPM dalam menjawab soalan dokumen ialah menggunakan masa yang terlalu lama untuk menyelesaikan. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan dokumen ialah tidak melebih 50 minit. Tetapi jika kita menggunakan cara / teknik yang betul pelajar dapat siapkan dalam masa 30 minit sahaja.

Teknik menjawab soalan latihan dengan teknik untuk menjawab soalan peperiksaan lain caranya. Semasa peperiksaan MASA sangat penting, jadi kita perlu menggunakan teknik yang menjimatkan masa supaya kita mempunyai masa yang cukup untuk menjawab soalan2 yang lain dan melakukan penyemakan.

Tekniknya seperti berikut :

  1. Sebelum Ketua Pengawas Peperiksaan mengumumkan peperiksaan bermula – pelajar sepatutnya menggunakan masa tersebut untuk menulis No. Angka Giliran pada setiap helaian kertas jawapan serta menyiapkan FORMAT JURNAL AM, JURNAL KHAS dan BUKU TUNAI.
  2. Apabila peperiksaan bermula, terus baca soalan, kenal pasti NAMA SYARIKAT KITA, BARANG NIAGA, BARU MULA (MODAL) / MULA LAMA (BAKI B/B).
  3. Catatkan catatan permulaan tersebut ke dalam JURNAL AM, manakala TUNAI dan BANK masukkan pula ke dalam BUKU TUNAI.
  4. Seterusnya terus ke Dokumen 1 – kenalpasti JA,JJ,JB,JPJ,JPB @ BT. Dan terus rekodkan ke dalam Buku Catatan Pertama yang terlibat.
  5. Kemudian terus ke Dokumen 2 – kenalpasti dan terus rekod dalam BCP yang berkenaan.
  6. Dokumen 3 hingga Dokumen 12 – kenalpasti dan terus rekodkan (satu persatu).
  7. Poskan JURNAL AM ke akaun2 yang terlibat dalam LEJAR.
  8. Tutup setiap JURNAL KHAS dan postkan ke LEJAR.
  9. Imbangkan BUKU TUNAI dan postkan ke LEJAR
  10. Imbang dan tutup semua akaun dalam lejar.
  11. Akhir sekali sediakan Imbangan Duga.

Imbangan Duga yang tidak seimbang tidak menggambarkan apa yang anda buat salah, mungkin tersilap pada 1 @ 2 akaun/catatan sahaja dan markah yang hilang hanya 1 @ 2 markah sahaja daripada 29 markah.

Walaupun tidak seimbang anda jangan bimbang TERUS menjawab soalan2 yang lain dahulu, jika ada lebihan masa nanti barulah anda buat semakan semula pada soalan tersebut. Ini kerana untuk menyemak / mengesan kesilapan biasanya mengambil masa yang agak lama mungkin 5 atau 10 minit.

Sedangkan kesilapan tersebut hanya memberikan 2 markah sahaja. Adalah lebih baik gunakan masa 5 atau 10 minit tadi untuk menjawab soalan lain dahulu yang mana markah yang mungkin akan diperolehi ialah 7 atau 8 markah.

Apabila perniagaan memasukkan cek ke dalam akaun semasa dengan menggunakan mesin deposit cek, maka dokumen Slip Bank/Slip Deposit Bank akan keluar dari mesin tersebut sebagai bukti cek telah dimasukkan ke dalam bank.

Slip Transaksi Perbankan Elektronik Digunakan apabila perniagaan memasukkan wang tunai ke dalam bank melalui mesin deposit tunai di bank

Apabila perniagaan menggunakan perkhidmatan bank secara atas talian, maka pihak bank akan mengeluarkan dokumen ini sebagai bukti pembayaran atau penerimaan, dokumen Urus Niaga atas Talian menunjukkan perniagaan membuat bayaran kepada pihak penerima melalui Bank Islam

Tulisan ini diambil daripada:

  • https://cgnarzuki.com/perakaunan/dokumen/
  • https://www.saidisulong.com/2018/02/modul-3-dokumen-perniagaan-sebagai.html#gsc.tab=0

Kata kunci:

  • sebab makluman kredit dikeluarkan
  • sebab import malaysia meningkat
China Gembira, Sebab Import Malaysia Dari China Meningkat

China Gembira, Sebab Import Malaysia Dari China Meningkat

CHINA kekal menjadi rakan dagang utama dan terbesar Malaysia sejak 2009 sehingga kini, dengan nilai dagangan pada suku ketiga 2020 sebanyak RM88 bilion atau 19.1 peratus daripada jumlah perdagangan keseluruhan negara.

Eksport utama negara ke China pada suku ketiga 2020 adalah elektrik dan elektronik (E&E) bernilai RM16.4 bilion atau 36.4 peratus daripada nilai eksport Malaysia ke ekonomi kedua terbesar dunia itu.

import malaysia meningkat

Produk E&E juga menjadi import terbesar Malaysia dari China pada suku dikaji sebanyak RM17.2 bilion atau 40.2 peratus.

Laporan Malaysia Trade Statistic Review Volume II 2020 Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan dalam tempoh 10 bulan pertama 2020, nilai perdagangan Malaysia dan China adalah 18.3 peratus daripada nilai keseluruhan perdagangan negara.

“Walaupun perdagangan dan rantaian bekalan terjejas disebabkan Covid-19 di China dan global, nilai perdagangan kedua-dua negara mencatatkan peningkatan 3.2 peratus atau RM8.3 bilion kepada RM266.1 bilion berbanding RM257.8 bilion pada tempoh sama 2019.

“Ini disebabkan oleh lonjakan eksport sebanyak RM14.2 bilion atau 12.3 peratus berbanding penurunan import sebanyak RM5.8 bilion atau 4.1 peratus,” katanya.

Berdasarkan perdagangan bulanan, prestasi Mei lalu agak terjejas dengan penurunan sebanyak 10.8 peratus disebabkan kejatuhan import sebanyak 21.7 peratus, walaupun eksport naik 3.7 peratus.

Prestasi ini kembali meningkat pada Jun, seiring kelonggaran perintah kawalan oleh Malaysia.

Eksport Malaysia ke China secara dasarnya mencatatkan prestasi positif kecuali pada Januari dan Mei 2020, dengan penurunan masing-masing sebanyak 6.6 peratus dan 7.5 peratus.

Sejak 2012, import Malaysia dari China melebihi nilai penghantarannya, namun pada Jun sehingga September 2020, penghantaran Malaysia ke China mengatasi import.

Laporan itu menjelaskan, Covid-19 mempengaruhi paradigma sosial dan ekonomi berpunca daripada langkah pencegahan dan kawalan untuk menghentikan penyebaran virus.

“Namun, untuk 10 bulan pertama 2020, perdagangan Malaysia dengan China kekal dalam pertumbuhan positif. Pandemik meningkatkan permintaan bekalan perubatan oleh kedua-dua negara yang menyumbang kepada peningkatan eksport dan import produk terpilih yang ketara,” katanya.

“Malaysia menerima pelaburan dari China berjumlah RM600 juta dan RM500 juta masing-masing pada 2018 dan 2019.

“Pada 2019, aliran pelaburan Malaysia ke China mencatat nilai yang lebih tinggi sebanyak RM540 juta daripada RM500 juta pada 2018,” katanya.

Melangkah ke hadapan, Malaysia harus mengambil peluang mengukuhkan hubungan perdagangan dengan China kerana kedua-dua negara adalah anggota Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).

RCEP akan membolehkan penghapusan serta pengurangan tarif untuk barangan perdagangan termasuk kemudahan eksport dan import dalam kalangan negara anggota.

Apa yang Difikirkan Oleh Laman Web Lain?

China gembira melihat pertumbuhan pelaburan warga China di sini dan eksport Malaysia ke negara itu pada separuh pertama 2020 walaupun terdapat tekanan kemerosotan secara keseluruhan dalam ekonomi dunia, kata Duta China ke Malaysia, Bai Tian.

Beliau berkata ia sekali lagi membuktikan kedua-dua negara saling melengkapi dan prospek kerjasama dua hala antara Beijing dan Kuala Lumpur yang cerah.

Jumlah perdagangan dua hala, pelaburan rakyat China di Malaysia serta bilangan pelancong China yang mengunjungi Malaysia juga terus meningkat, tahun ke tahun, ujarnya.

import malaysia dari china meningkat

Katanya, kerjasama ekonomi dua hala antara kedua-dua negara secara beransur-ansur diperluas daripada rangkaian industri pembuatan yang lebih rendah, perdagangan produk utama dan kontrak pembinaan sehingga ke elektronik bernilai tinggi, biomedik, dan tenaga hijau.

Bai Tian berkata, kerjasama antara Beijing-Kuala Lumpur dalam bidang sains, pendidikan, budaya, pertahanan, dan bidang lain semuanya membawa hasil yang bermanfaat.

Duta itu berkata beliau juga akan mengingati harapan tinggi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein serta menteri kabinet Malaysia yang lain terhadap kerjasama China-Malaysia.

“Kepercayaan bersama antara China dan Malaysia menjadi lebih kuat, prospek kerjasama kami menjadi lebih luas, kualiti kerjasama kami menjadi lebih tinggi, dan ketahanan hubungan dua hala kami menjadi semakin kukuh.

“Kami kini mempunyai lebih ramai rakan di Malaysia daripada semua lapisan masyarakat,” katanya di majlis resepsi dalam talian sempena Ulang Tahun ke-71 Penubuhan Republik Rakyat China, yang disiarkan melalui laman Facebook kedutaan.

Majlis resepsi, yang pertama kali diadakan secara dalam talian di sini berikutan COVID-19, juga bagi mengucapkan selamat tinggal kepada Bai Tian yang telah berkhidmat di sini sejak 28 November 2017.

Menurut data yang disediakan kedutaan itu, China kekal sebagai rakan dagang terbesar untuk tahun ke-11 berturut-turut bagi Malaysia pada 2019, menyumbang 17.2 peratus daripada jumlah perdagangan Malaysia atau RM315.19 bilion – peningkatan 0.2 peratus berbanding 2018.

Pada 2019, eksport Malaysia ke China berjumlah RM139.61 bilion, dengan eksport lebih tinggi adalah produk berasaskan besi dan keluli, gas asli cecair (LNG), produk kertas dan pulpa, produk pertanian berasaskan minyak sawit dan minyak sawit, pembuatan peralatan logam, peralatan optik dan saintifik serta makanan yang diproses.

Eksport produk pertanian berasaskan minyak sawit dan kelapa sawit ke China juga melonjak sebanyak 17.8 peratus pada 2019 setelah menurun selama tujuh tahun berturut-turut.

Sementara itu, import dari China meningkat 0.1 peratus pada 2019 kepada RM175.59 bilion, dibantu oleh import produk petroleum, peralatan pengangkutan dan pembuatan plastik yang lebih tinggi.

Mengucapkan selamat tinggal, duta besar itu berharap Malaysia akan terus stabil dari segi politik dan keharmonian sosial pada tahun-tahun akan datang dan rakyat Malaysia memperoleh lebih banyak pencapaian dalam pembangunan negara dan sekali lagi “membiarkan dunia mendengar ngauman Harimau Asia.”

Beliau turut berkongsi kenangannya di sini dalam mempromosi kerjasama mesra China-Malaysia walaupun terpaksa berhadapan banyak cabaran kerana perubahan dalam politik tempatan Malaysia dan pandemik COVID-19.

“Saya akan mengingati Malaysia dengan iramanya, kiasan Pantun Melayu yang penuh dengan kebijaksanaan; pulau-pulaunya yang memukau dengan matahari, pasir dan laut; oleh keunikan masyarakatnya yang hidup harmoni dengan pelbagai agama, bangsa, dan budaya.

“Saya akan mengingati keterujaan dalam hati saya ketika muatan pertama durian Musang King sejuk beku berangkat ke China. Saya akan kenang bagaimana Panda Xingxing dan Liangliang di Zoo Negara memenangi hati Anak-anak Malaysia,” katanya.

Tulisan ini diambil daripada:

  • https://www.hmetro.com.my/bisnes/2021/01/659304/china-kekal-rakan-dagang-terbesar
  • https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2020/10/737290/china-gembira-pelaburan-eksport-bersama-malaysia-meningkat

Kata kunci:

  • sebab import malaysia dari china meningkat
  • sebab import malaysia meningkat
Mengapa Orang Benci Kita Tanpa Sebab Yang Jelas

Mengapa Orang Benci Kita Tanpa Sebab Yang Jelas

Mungkin ini sesuatu yang pelik tetapi sering dirasai oleh ramai orang iaitu membenci orang lain tanpa sebab. Contohnya, membenci orang lain kerana cerita seseorang, dari cara berpakaian atau tabiat seharian. Tiba-tiba sahaja perasaan benci itu muncul.

Hati-hati, perasaan benci seperti ini boleh menjadi penyakit hati jika tidak dirawat segera. Nah, berikut adalah lima sebab mengapa anda membenci orang lain tanpa sebab.

1. Tidak Tahu

Tidak mengetahui dengan baik sering membuat anda salah faham dan membenci orang lain tanpa sebab yang jelas. Ini membuatkan anda sering memberikan penilaian yang salah kepada orang lain, sedangkan orang itu tidak semestinya mempunyai perwatakan itu. Jadi mudah untuk anda membenci orang lain kerana anda tidak mengenali mereka.

2. Tidak Selamat dengan Diri Sendiri

Membenci orang tanpa sebab yang jelas juga kadangkala disebabkan oleh perasaan tidak selamat dengan diri sendiri. Akibatnya, tunjukkan perasaan tidak selamat kepada orang lain dengan membenci mereka, kerana anda merasakan ada sesuatu dalam diri mereka yang anda tidak boleh miliki. Malah, setiap orang mempunyai “sesuatu” dalam dirinya. Tidak selamat dan membenci orang tanpa sebab hanya akan membahayakan diri sendiri, anda tahu.

3.Kurang Belas Kasihan Diri

Apabila anda sering membenci orang lain tanpa sebab, ia biasanya kerana anda membenci diri sendiri, tetapi anda membuang kebencian itu kepada orang lain. Jadi anda menunjukkan kekurangan orang lain supaya anda kelihatan lebih baik.

4. Takut kepada Pelbagai Perkara

Tanpa anda sedari, ternyata anda boleh membenci orang lain tanpa sebab kerana sesuatu yang berbeza seperti pemikiran dan penampilan. Ini boleh menimbulkan kebencian kepada orang lain kerana anda takut disaingi. Malah, ia bukan seperti yang anda fikirkan. Anda mesti dapat memahami bahawa perbezaan ada untuk dihargai dan diterima, bukan dibenci.

5. Dengki

Perasaan iri hati kerana tidak dapat menjadi sebaik orang lain juga boleh mencetuskan perasaan benci yang tidak wajar. Perasaan iri hati ini kemudiannya menimbulkan permusuhan yang membuatkan anda berasa disaingi oleh orang lain di sekeliling anda.

Perasaan benci tidak akan menjadikan anda orang yang lebih baik, jadi anda harus belajar untuk menghilangkan perasaan benci itu. Jika anda rasa anda membenci seseorang tanpa sebab, cuba sentiasa berfikiran positif tentang orang itu.

Kenapa orang tak suka kita tanpa sebab sebenarnya datang dari kita sendiri. Kita kena lihat kepada diri kita sendiri sejauh mana kita membuat tanggapan kepada orang lain.

Mempunyai persepsi yang buruk atau meremehkan orang lain akan beri kesan negatif kepada diri kita sendiri.

Nah, itulah lima sebab mengapa anda sering membenci orang lain tanpa sebab. Anda boleh menyingkirkannya dengan sentiasa berfikiran positif terhadap orang lain. Semoga bermanfaat!

Tulisan ini diambil daripada:

  • https://bidaraspecialist.com/kenapa-orang-tak-suka-kita-tanpa-sebab/
  • pengalaman peribadi

Kata kunci:

  • mengapa orang membenci kita tanpa sebab
Tangan dan Jari Bengkak Tanpa Sebab

Tangan dan Jari Bengkak Tanpa Sebab

Bengkak di mana-mana bahagian badan akan menyebabkan anda berasa tidak selesa, salah satunya adalah di jari. Jari yang bengkak akan menyukarkan anda untuk memakai cincin kegemaran anda.

Jari bengkak adalah keadaan yang sering diambil mudah. Ini kerana keadaan ini biasanya sembuh dengan sendirinya tanpa memerlukan rawatan khas. Namun, jangan silap, jari bengkak boleh menjadi petanda awal keadaan perubatan.

Terdapat pelbagai masalah kesihatan yang boleh menyebabkan bengkak pada jari.

Pencegahan supaya tidak menjadi lebih teruk

  • Jaga postur dengan mengelakkan berdiri atau berjalan secara bongkok.
  • Tidur di atas tilam yang keras.
  • Elakkan mengangkat barang berat.
  • Kerap bersenam: untuk memastikan otot dan sendi berfungsi dengan lancar
  • Pengurangan berat badan.
  • Mengamalkan rehat seketika termasuk regangan ketika memandu, berdiri atau duduk yang lama.
  • Menangani tekanan.

Rawatan untuk pemulihan yang cepat

  • Langkah awal ialah dengan rehat secukupnya.
  • Meletakkan cold pack di bahagian area yang sakit, bengkak dan merah. Letak dalam 10-20 minit. Balut ice dengan tuala dan letakkan dibahagian merah atau bengkak. Untuk mengurangkan bengkak dan kemerahan.
  • Kurangkan berat badan.
  • Gunakan kasut yang tumit rendah.
  • Gunakan pek panas (Hot Pack) untuk mengurangkan ketegangan pada sendi anda.

Jadi memang banyak keadaan kesihatan yang boleh menyebabkan jari bengkak.

Ia secara amnya disyorkan bahawa sesiapa sahaja melawat doktor apabila mereka mempunyai jari bengkak kronik disertai dengan gejala lain.

Doktor boleh membantu menentukan sama ada terdapat keadaan asas yang perlu dirawat atau tidak.

Tulisan ini diambil daripada:

  • https://www.klikdokter.com/info-sehat/read/3625168/penyebab-jari-bengkak-yang-jarang-diketahui
  • https://ifixphysiotherapy.com.my/jari-tangan-dan-jari-kaki-bengkak-dan-kemerahan/

Kata kunci:

  • jari tangan bengkak tanpa sebab
  • tangan bengkak tanpa sebab
  • telapak tangan bengkak tanpa sebab
Lebam Muncul Tanpa Sebab pada Bahagian Badan

Lebam Muncul Tanpa Sebab pada Bahagian Badan

Seperti biasa, orang-orang kita sering dihantui dengan kisah-kisah misteri… paling takut apabila ia melibatkan jin.

Pernah dengar cerita jin jatuh hati dengan manusia? Perkara itu sering dikaitkan dengan individu yang mempunyai lebam-lebam misteri pada beberapa bahagian tubuh. Lebih tepat, lebam itu umpama “gigitan cinta” yang ditinggal jin pada tubuh si mangsa pilihannya. Ish, seram kan?

Tetapi, adakah fakta ini logik mengikut pemahaman moden generasi milenial?

Biarpun ia sering mengundang perdebatan, hujah-hujah yang dikeluarkan sering sahaja ‘loggar’ tanpa gabungan fakta kukuh.

Ia juga sering ditanya kepada para ustaz apakah benar lebam di badan yang secara tiba-tiba muncul tanpa sebarang tanda kesakitan itu adalah angkara jin, namun jawapan yang lebih tepat mungkin berbalik kepada pemahaman individu masing-masing. Scara dasarnya lebam yang disebabkan oleh benda ghaib mungkin benar akan tetapi lebam yang dikatakan berlaku kerana reaksi dalaman tubuh adalah jauh lebih logik.

Lebam di Badan Tanpa Sebab

Kemunculan ruam atau lebam ini berlaku disebabkan oleh pecahnya saluran darah kecil pada satu bahagian badan, seperti peha, lengan atau punggung.

Dalam dunia perubatan, nama saintifik bagi tompokan ruam ini dipanggil purpura simplex, namun situasi di mana seseorang itu mudah lebam tanpa sebab jelas juga perlu diberi perhatian.

Terdapat beberapa penyakit kronik dengan simptom seperti lebam, lebih-lebih lagi jika anda mengalami lebam ini disertai dengan pelbagai penyakit lain.

Keadaan ini sukar dielakkan, terutamanya jika anda bersenam atau melakukan aktiviti fizikal yang berlebihan.

Lebam di Kaki Tanpa Sebab

Menurut Pakar Kardiologi, Dr Choor Chee Ken, dalam meniti dunia moden seharusnya tanda lebam yang berlaku ketika tidur itu tidak dikaitkan dengan gangguan mistik atau digigit hantu.

Ada penerangan lebih rasional dan berasaskan saintifik bagi menjelaskan bagaimana masalah lebam boleh timbul tanpa sebarang trauma.

Katanya, masalah lebam yang muncul selepas tidur berkait dengan fisiologi tubuh individu khususnya mereka yang mempunyai saluran darah lebih tipis dan rapuh.

“Masalah lebam muncul tiba-tiba selepas bangun tidur sebenarnya bukanlah disebabkan gangguan mistik ataupun ‘dicubit’ hantu, sebaliknya ia boleh terjadi andai individu itu mempunyai saluran darah lebih nipis.

“Biasanya keadaan ini sering menimpa wanita kerana saluran darah wanita lebih kecil dan tisu kulit mereka lebih tipis berbanding lelaki. Namun ia tidak berbahaya dan boleh pulih tanpa rawatan,” katanya.

Kata Dr Choor, dalam kebanyakan kes, kecederaan menjadi punca utama lebam tetapi ada juga keadaan di mana lebam bukan disebabkan kemalangan atau trauma.

“Umumnya, lebam adalah keadaan di bawah permukaan kulit yang mana sel darah merah terkeluar daripada saluran darah di permukaan kulit. Apabila sel darah yang asalnya berwarna merah ini terkeluar, ia akan bertukar warna menjadi ungu apabila tidak mendapat oksigen.

Lebam di Lutut Tanpa Sebab

Keadaan memar pada badan tanpa prekursor atau trauma yang boleh dikatakan muncul tanpa sebab, boleh menjadi tanda masalah dalam sel darah anda. Ini boleh disebabkan oleh

  1. Terdapat gangguan pada sel darah anda, terutamanya platelet dan faktor pembekuan darah seperti thrombocytopenia, terutamanya idiopathic thrombocytopenia purpura (ITP), penyakit von willebrand
  2. Sebagai akibat penggunaan dadah penipisan darah seperti aspirin, warfarin
  3. Keadaan klinikal tertentu yang mengganggu penggumpalan darah seperti sirosis, lupus, leukemia
  4. Terdapat jangkitan pada saluran darah seperti vaskulitis
  5. Terdapat kekurangan nutrien tertentu seperti vitamin K, C, B12, dan asid folik

Rujuk doktor anda mengenai keadaan yang anda alami. Pemeriksaan fizikal boleh membantu menilai punca. Satu lagi pemeriksaan penting ialah ujian darah. Rujuklah tentang penggunaan penipis darah, terutamanya jika anda menggunakan penipisan darah, makan makanan yang mengandung vitamin K seperti sayuran hijau, bawang.

Lebam di Paha Tanpa Sebab

“Kaki saya selalu ade kesan lebam kadang kadang pada bahagian peha tanpa sebab. Tak sampai lebam lama hilang ade lebam baru naik. Boleh kira kaki penuh dengan kesan lebam je”

Lebam diakibatkan pendarahan kecil dibawah kulit yang selalunya tidak bahaya. Ia akan hilang dan sembuh dengan sendirinya. Untuk makluman anda, masalah mudah berdarah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  1. Pengambilan ubat cair darah
  2. Bilangan platelet rendah
  3. Kekurangan pengambilan zat besi, zat folate dan vitamin b12
  4. Minuman beralkohol
  5. Mengandung

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor terdekat

Lebam di Tangan Tanpa Sebab

“lebam2 biru gelap selalu naik di bahagian kaki dan tangan… Lebam tu naik silih berganti,dalam masa 4 hari lebam lama akan hilang dan lebam baru akan muncul… Saya ambil ujian darah d klinik swast…hasil nya ujian darah saya ok, buah pinggan,hati,kolestrol semuanya ok… Saya ke klinik kerajaan pula untuk ambil ujian darah… Bacaan darah putih saya 10.7, doc kata itu tak bahaya… Bukan lukemia…jadi apa yang merunsingkan saya sekarang,lebam saya tak pernah berhenti”

terdapat beberap penyakit yang boleh menyebabkan gejala senang lebam pada bahagian badan iaitu:

  • Sindrom Cushing (Penyakit cushing)
  • Penyakit darah kurang sel platelet
  • Hemofilia A atau B (penyakit pembekuan darah yang lemah)
  • Penyakit hati
  • Kurang nutrisi
  • Penyakit von Willebrand
  • Kekurangan vitamin K, C dan B
  • Memakan ubat-ubatan seperti aspirin, ibuprofen dan steroid.
  • Memakan makanan supplemen organik seperti minyak ikan, ginseng, vitamin E , dan halia.

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor anda sekali lagi sekiranya gejala yang anda hadapi semakin teruk dan berpanjangan

Lebam di Betis Tanpa Sebab

Pasti ramai yang pernah ada lebam bila bangun sahaja dari tidur. Padahal tak ada terjatuh atau bertumbuh dengan orang pun. Dan pastinya lebam tersebut selalunya berada di betis, peha dan lengan. Kenapa jadi begini eh? Ada penyakit atau pun benda ghaib?

Mungkin ada benarnya disebabkan benda ghaib, tetapi lebih logik dan meyakinkan jika dikatakan ia adalah reaksi dari dalam tubuh badan. 

Macam mana boleh ada lebam?

Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad, lebam berlaku apabila kulit kita terdapat pengumpulan darah apabila salurah darah kecil pecah di bawah kulit. Jadi, pengumpulan darah ni akan memberi efek warna merah atau biru kekuningan. Lebam ini juga akan hilang dalam masa 2 minggu. 

Kalau lebam disebabkan terhantuk pada objek pula dipanggil ecchymosis. Salur darah kecil tu akan pecah dan buatkan darah terkumpul di situ. Mula-mula akan bengkak dan seterusnya menghasilkan tompok darah beku yang dipanggil lebam.

Tulisan ini diambil daripada:

  • https://www.mstar.com.my/xpose/famili/2021/11/19/betul-ke-lebam-pada-badan-sebab-digigit-hantu-jom-ambil-tahu-penjelasan-saintifik-ini
  • https://www.hmetro.com.my/sihat/2019/10/503994/kesan-lebam-bukan-mistik-metrotv
  • https://www.alodokter.com/komunitas/topic/memar-dan-biru-dikulit
  • https://www.doctoroncall.com.my/tanya/soalan/lebam-di-kaki-dan-tangan/101430
  • https://www.doctoroncall.com.my/tanya/soalan/lebam-pada-kaki-dan-paha/30945
  • https://diva.my/2017/131889/punca-lebam-misteri-timbul-di-badan-angkara-hantu-atau-penyakit/

Kata kunci:

  • badan lebam tanpa sebab
  • betis lebam tanpa sebab
  • lebam di badan tanpa sebab
  • lebam di kaki tanpa sebab
  • lebam di lutut tanpa sebab
  • lebam di paha tanpa sebab
  • lebam di tangan tanpa sebab
  • lebam tanpa sebab
  • lutut lebam tanpa sebab
Sebab Seseorang Muslim Perlu Mandi Wajib

Sebab Seseorang Muslim Perlu Mandi Wajib

Mandi wajib ataupun mandi junub disebut juga mandi hadas besar adalah mandi yang perlu dilakukan oleh seseorang Muslim untuk membersihkan dirinya daripada hadas besar dan melibatkan perbuatan mandi dengan membasahi seluruh anggota badan.

Seseorang lelaki atau perempuan yang mengeluarkan air mani secara sengaja atau tidak, wajib baginya mandi wajib

Mandi wajib ataupun mandi junub adalah wajib ke atas orang Muslim untuk membersihkan dirinya daripada hadas besar.

Sebab Mandi Wajib/Junub

sebab mandi junub
ilustrasi: cloudfront.net

Seorang Muslim (laki/perempuan) perlu mengerjakan mandi wajib dalam keadaan berikut :

  • Jimak iaitu melakukan persetubuhan (bertemu dua khitan) apabila zakar dimasukkan ke dalam faraj walaupun tidak keluar air mani.
  • Keluar air mani walaupun zakar tidak dimasukkan ke dalam faraj. Begitu juga keluar air mani kerana bermimpi syahwat (wet dream)
  • Keluar darah Haid bagi wanita.
    “Jika datang haid, maka tinggalkan solat. Dan jika telah lewat, maka mandi dan Solatlah” (HR. Al Bukhari no. 320, Muslim no. 333, Abu Daud no. 279, At Tirmizi no. 125 dan An Nasa’i I/186)”
  • Nifas iaitu darah yang keluar dari faraj wanita ketika melahirkan anak (Wiladah)
  • Wiladah – wanita yang melahirkan anak.
  • Mati kecuali mati syahid
  • Masuk Islam orang dari ajaran sebelumnya (“kafir”).
    Dari Qais bin Ashim, ia menceritakan bahawa ketika ia masuk Islam, Nabi SAW menyuruhnya mandi dengan air dan bidara (HR. At Tirmidzi no. 602 dan Abu Dawud no. 351, disahihkan oleh Syeikh Albani dalam Irwaa’ul Ghalil no. 128)

Rukun Mandi Wajib/Junub

Rukun mandi ada tiga perkara meliputi

  • Niat dengan tujuan membezakan ibadat dan adat. Niat ini sekadar dilafazkan di dalam hati dan tidak perlu dilafazkan secara zahir (secara lisan)
  • Menghilangkan kotoran dan najis pada badan.
  • Meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir termasuk segala lipatan-lipatan badan. (Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah)

Niat Mandi Wajib/Junub

sebab mandi wajib
ilustrasi: scene7.com

Niat mandi wajib secara ringkasnya adalah “Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala. “Niat itu hendaklah disertakan ketika air sampai ke bahagian anggota badan. Lafaz niat yang lain “nawaitul ghusla liraf’il hadatsil akbari janabati fardhal lillaahi ta’aalaa” (Ertinya: Sahaja aku mandi wajib untuk menghilangkan hadas besar dan mandi wajib kerana Allah Taala)

Untuk wanita yang mandi wajib kerana hadas haid, niat mandi wajib adalah “Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” manakala bagi wanita yang habis nifas, niat mandi wajib ialah “Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala“.

Niat mandi wajib hendaklah dilafazkan apabila mula terkena air kepada mana-mana bahagian anggota mandi. Sekiranya niat dilafazkan selepas dia telah membasuh anggota badannya, mandi wajibnya tidak sah dan dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air ke seluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah dan dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air ke seluruh anggota badannya.

Orang yang tidak berniat mandi wajib tidak memenuhi rukun mandi wajib dan dengan itu tidak boleh dikatakan telah mengerjakan mandi wajib. Dia hanya sekadar mengerjakan mandi biasa (mandi adat), dan masih terikat dengan larangan yang dikenakan ke atas orang yang berhadas besar.

Tulisan ini diambil daripada:

Kata kunci:

  • mandi wajib sebab
  • sebab mandi wajib
  • sebab mandi wajib bagi perempuan
  • sebab mandi wajib bagi wanita
  • sebab mandi wajib perempuan
  • sebab perlu mandi wajib
  • sebab sebab mandi wajib
Jika Allah Menyayangimu, Mengapa Ujian itu Berat?

Jika Allah Menyayangimu, Mengapa Ujian itu Berat?

Kehidupan di dunia ini penuh dengan ujian. Tanpa mengira sesiapa pun sama ada orang itu kaya atau miskin tetap ada ujiannya.

Setiap ujian yang dihadapi dalam kehidupan ini mampu menjadikan seorang insan itu lebih kuat dan tabah.

Tidak mungkin orang beriman akan memperoleh pahala dan nikmat syurga tanpa sebarang ujian dan kesusahan. Cuma yang membezakan antara manusia adalah bentuk ujian yang diterima.

Pendapat dalam Artikel Pertama

Mungkin bagi sesetengah orang melihat ujian yang menimpa orang lain itu tidaklah dianggap ujian besar, namun orang yang melalui ujian itu yang lebih mengetahui.

Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud: “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: ‘Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya, Kami menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahui-Nya orang yang berdusta.’” (Surah al-Ankabut, ayat 2-3)

Ayat al-Quran itu menjelaskan fitrah orang beriman pasti akan diuji Allah SWT. Bagi memastikan iman seseorang hamba benar-benar kukuh kepada Allah SWT, maka ujianlah yang dapat menentukannya.

Ujian bukan saja dirasai orang yang lemah dan miskin, ia juga melanda orang yang kuat dan kaya. Itulah fitrah kehidupan yang ditentukan Allah SWT.

ilustrasi: unsplash.com

Sebenarnya, ujian dapat mendekatkan diri seseorang Muslim kepada Allah SWT. Tidak ada tempat selayaknya diharapkan pertolongan selain kepada Allah SWT.

Selain itu, apabila dihadirkan ujian, antara perkara yang perlu disematkan dalam diri ialah perlunya untuk bersabar. Mungkin ia mudah untuk diungkap, namun sukar untuk dipraktikkan sekiranya tanpa adanya iman.

Rasulullah SAW pernah menjelaskan kehebatan orang yang beriman kerana mereka sentiasa bersyukur dan bersabar dalam menghadapi urusan kehidupan dunia.

Baginda bersabda yang bermaksud: “Sungguh menakjubkan urusan seorang Mukmin. Segala perkara yang dialaminya sangat menakjubkan. Setiap takdir yang ditetapkan Allah bagi dirinya adalah kebaikan. Apabila kebaikan dialaminya, maka dia bersyukur dan hal itu merupakan kebaikan baginya. Dan apabila keburukan menimpanya, dia bersabar dan hal itu merupakan kebaikan baginya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Apabila melalui ujian dalam hidup, selain daripada perlunya bersabar, setiap Muslim juga perlu berikhtiar dan berusaha supaya ujian yang dihadapi itu berlalu dengan lancar.

Umat Islam tidak boleh rasa lemah dan putus asa tatkala menerima ujian dalam kehidupan. Jauh sekali menyalahkan takdir Ilahi. Yakinlah, setiap ujian itu akan hadir bersamanya hikmah yang besar sekiranya dilalui dengan sabar dan berikhtiar menyelesaikannya.

Kisah ibu Nabi Isa, Maryam adalah contoh jelas betapa perlunya bersabar dan berusaha ketika melalui ujian dalam hidup. Maryam seorang wanita yang sentiasa menjaga kehormatannya.

Namun beliau dipilih Allah SWT untuk menjadi ibu kepada seorang nabi bagi kaumnya. Maryam adalah seorang insan baik, namun berdepan ujian cukup besar dalam hidupnya.

Bayangkan seorang wanita baik tiba-tiba hamil dalam keadaan dirinya tidak bersuami. Beliau dituduh dengan pelbagai tohmahan oleh kaumnya sendiri sedangkan beliau tidak pernah melakukan perkara yang dilarang.

Maryam amat sedih dengan apa yang berlaku ke atasnya sehingga merasakan lebih baik dirinya mati supaya keadannya itu dapat segera dilupakan  kaumnya.

Perkara itu dinyatakan Allah SWT dalam al-Quran bermaksud: “(Ketika dia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma), dia berkata alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang.” (Surah Maryam, ayat 23)

Walau bagaimanapun, dengan kesabaran dan rasa reda dalam diri, Allah SWT menganugerahkan pertolongan untuk Maryam pada saat ingin melahirkan kandungannya.

Firman Allah SWT bermaksud: “Lalu dia diseru dari sebelah bawahnya: “Janganlah engkau berdukacita (wahai Maryam), sesungguhnya Tuhanmu menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai. Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak.” (Surah Maryam, ayat 23-24)

Hayatilah dengan penuh keinsafan situasi dialami Maryam dalam ayat-ayat al-Quran berkenaan. Dalam keadaan Maryam seorang wanita baik dan menjaga kehormatannya, beliau diberi ujian oleh Allah SWT hamil ketika masih gadis.

Dalam keadaan dirinya sakit ingin melahirkan kandungannya, beliau membawa diri dan turut merasai kesakitan seperti wanita lain.

Tatkala datang pertolongan daripada Allah SWT yang menyediakan untuk Maryam air dan buah tamar, Maryam diperintah untuk menggegarkan batang pohon tamar supaya dapat makan buah-buahnya yang jatuh. Maha suci Allah SWT yang memiliki sifat Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Ketika Maryam ingin melahirkan seorang nabi, bantuan datang bagi meringankan ujian yang ditanggungnya. Namun, dia masih tetap disuruh berusaha mengurus ujian dalam hidupnya.

Boleh saja Allah SWT menghidangkan makanan terus kepada Maryam, namun beliau diperintah untuk menggegarkan pohon tamar supaya dapat dimakan buahnya.

Lihatlah betapa ujian yang datang daripada Allah SWT perlu diurus dengan usaha, bukan sekadar menunggu segalanya datang bergolek.

Ia peringatan jelas dinyatakan Allah SWT buat seluruh manusia, lebih-lebih lagi yang mengaku beriman kepada Allah SWT. Ingatlah, ujian datang adalah untuk meningkatkan martabat seorang insan di sisi Tuhan.

Pendapat dalam Artikel Kedua

“Ustaz, kenapa Allah uji saya macam ni? Apa salah saya?”

Seorang gadis tingkatan 1 menangis di hadapan saya dengan teresak-esak. Malam itu, saya diberikan peluang memberikan perkongsian dalam sebuah sekolah menengah agama di Perak. Usai habis perkongsian, datang beberapa orang pelajar bertanyakan soalan peribadi. Dan akhirnya, sebelum saya balik, ada seorang pelajar tingkatan 1 datang pada saya.

ilustrasi: cgtn.com

Dia datang kepada saya bukan untuk bertanyakan soalan, tetapi lebih kepada meminta kata-kata semangat.

“Ustaz, boleh tak ustaz bagi kata semangat pada saya? Saya sedih dengan keluarga saya. Saya sedih dengan mak ayah saya. Saya sedih dengan adik beradik saya. Ustaz, tolong bagi saya kata-kata semangat supaya saya kuat untuk hadapi ujian keluarga macam ni..”

Bila saya mendengar luahannya, mata saya mula berkaca. Saya faham bahawa beratnya untuk menanggung beban ujian seawal usia sebegitu. Sebab saya juga pernah melalui situasi macam itu. Ujian yang datang secara bersilih ganti. Ada masa, ujian yang Allah berikan itu terasa senang untuk kita hadapi. Tetapi dalam banyak keadaan, ujian yang Allah berikan itu kita rasakan terlalu berat untuk ditanggung hingga akhirnya kita tertekan dengan tekanan yang teramat sangat. Hingga akhirnya, kita pun mengeluh,

            “Kenapa mesti aku yang kena ?!”

Ujian Berbeza.

Setiap daripada kita pasti akan diuji dengan ujian yang berbeza-beza. Apa yang saya hadapi, mungkin kamu tak pernah dan tak akan hadapi. Dan apa yang kamu hadapi, mungkin saya tak pernah dan tak akan hadapi.

            Kenapa pula?

            Sebab Allah dah beritahu bahawa kita semua PASTI akan diuji berdasarkan apa yang kita mampu. Allah dah sebutkan di dalam Al Quran,

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

(Surah al Baqarah 2:286)

            Allah dah beritahu bahawa kita semua diuji berdasarkan APA yang kita mampu. Ya, dalam hidup ini, Allah akan berikan setiap ujian berdasarkan kapasiti kemampuan kita. Ujian demi ujian yang kita terpaksa lalui, sebenarnya PASTI dan PASTI kita kuat dan mampu sangat untuk hadapi. Percayalah, you never know how strong you are, until being strong is the ONLY choice you have.

            “Tetapi Shuk, aku memang tak mampu. Dan, ada masa aku rasa macam nak bunuh diri. Serius, aku tak mampu..”

            Tarik nafas sedalam yang mungkin. Saya nak beritahu kamu satu rahsia. Nak tahu apa dia? Ketahuilah, apa yang kita fikir, adalah apa yang kita doa kepada Allah. Maknanya, kalau kamu fikir tak mampu, selamanya kamu tak akan mampu dan tak akan boleh hadapiTetapi kalau kamu fikir mampu, selamanya kamu akan mampu dan boleh hadapi. Kenapa saya cakap macam ini? Sebab Allah pernah menyebut dalam satu hadis Qudsi,

“Aku adalah apa yang hamba-Ku sangkakan..”

(Muttafaqun ‘alaih)

            Allah adalah seperti apa yang kita sangkakan. Maksudnya, apa yang kita sangkakan itu secara tak langsung akan menjadi DOA kepada Allah. Kalau kita sangka tidak mampu, seolah kita sedang berdoa kepada Allah supaya bagi kita untuk tidak mampu, dan paling kritikal adalah, jika Allah tunaikan ‘permintaan’ kita. Lalu selamanya kita tak akan mampu. Naudzubillah !

“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa.”

(Surah Al Hujuraat 49:12).

            Sebab itu, penting untuk kita bersangka baik kepada Allah dan diri sendiri. Kita semua mampu hadapi setiap ujian yang Allah berikan, cuma tinggal lagi pada diri kita untuk uruskan mindset macam mana saja. Betul, memang easier said than done. Cakap memang mudah, nak buatnya susah. Tetapi, apa salahnya kalau kita mencuba bersangka baik pada Allah. Kan?

Masa zaman saya belajar di UKM dulu, ada banyak peristiwa yang saya diuji sehingga terduduk dan menangis. Dan saat diuji itu juga, ada masa saya pilih untuk bersendirian. Tetapi syukur saya faham bahawa, bukan semua ujian kita perlu hadapi sendirian. Dalam banyak keadaan, berkongsi cerita berkaitan masalah dan ujian yang kita hadapi kepada sahabat baik sangat penting. Ini pentingnya ada sahabat yang baik. Di UKM dahulu, banyak kali saya bercerita masalah kepada beberapa orang sahabat baik antaranya almarhum Ustaz Abdillah, Ustaz Adnin, dan sebagainya.Kenapa Allah Menguji?

Pernah satu ketika, saya menghubungi Ustaz Adnin untuk berbual kosong. Tujuan saya hanyalah untuk meredakan tekanan jiwa. Saya pun berbual dengan dia seketika. Baru saja dia nak tanya tentang masalah saya, saya terus beritahu,

            “Jangan bincang pasal masalah ana. Ana malas nak fikir.”

            Dia okay kan saja. Kemudian saya terus beritahu,

            “Adnin, bagi ana nasihat. Ana perlukan nasihat sekarang ini.”

            Adnin terdiam seketika.

            “Anta nak tahu kenapa Allah bagi anta ujian?” Adnin memulakan nasihat. “Sebab Allah nak suruh anta istighfar banyak-banyak. Istighfar ini memang menyelesaikan banyak masalah. Serius. Anta bayangkan kalau sekarang ini anta takde masalah, mana ada anta terfikir nak istighfar.”

            Saya tersenyum kecil. Betul juga kata dia. Kalau Allah tak berikan ujian seberat ini, belum tentu saya nak istighfar sekarang ini. Sambil dia ulas tentang istighfar, saya pun istighfar sekali secara diam-diam.

            “So Shuk, Allah nak anta istighfar banyak kali. Istighfarlah, insyaAllah akan selesai.”

            Kemudian kami tutup perbualan. Saya setuju dan bermuhasabah dengan apa yang dia sebut.

            Istighfar.

            Bila saya bermuhasabah diri, sehari berapa kali saja saya beristighfar dan meminta ampun kepada Allah? Sedangkan Rasulullah ﷺ sendiri minimum sehari beristighfar 70 kali, ada dalam hadith riwayat lain ada menyebut 100 kali. Rasulullah ﷺ dah la maksum, suci daripada dosa, tetapi masih lagi minta ampun pada Allah.

            Saya ni dahlah bukan malaikat, maksum memang selamanya takkan. Tetapi berlagak sombong bongkak ego dan malas untuk beristighfar pada Allah walaupun hanya 70 kali sehari. Sombong dan berlagak betul kepada Allah. Astarghfirullah. Mungkin ini antara sebab Allah menguji saya pada hari itu, iaitu supaya saya bertaubat dan beristighfar sebanyak-banyaknya pada Dia. Dan kalau kamu nak tahu, Allah menguji bukan sekadar hanya mahukan kita bertaubat, malah Allah dah beritahu dalam Al Quran,

“Adakah manusia menyangka, bahawa mereka akan dibiarkan, dengan hanya berkata: ‘Kami beriman’, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), Allah mengetahui, siapakah orang-orang yang benar-benar beriman, dan dapat diketahuiNya, tentang siapakah orang-orang yang berdusta.

(Surah Al Ankabut 29:2-3)

            Allah nak melihat (walaupun Allah Maha Mengetahui dan sudah tahu apa akan berlaku) sejauh mana kesungguhan kita untuk taat perintah Allah dan menjauhi larangan Allah! Dan dalam masa yang sama, Allah menguji supaya kita dapat tahan lasak untuk hadapi dan perbaiki kelemahan diri kita.

            Pernah ke kita jumpa jenama kereta yang ada di pasaran, yang tidak diuji terlebih dulu? Macam-macam ujian dilakukan ke atas sebuah kereta sebelum dipasarkan secara global walaupun kereta itu adalah yang paling low cost. Itu baru sebuah kereta, apatah lagi kita sebagai manusia yang Allah telah jadikan sebaik-baik ciptaan. Kan?

Saya boleh bahagikan sebab ujian Allah antaranya kepada 4 bahagian, Peringkat Ujian

  1. Allah menguji sebab nak menaikkan darjat kita.
  2. Allah menguji sebab nak membimbing hati kita.
  3. Allah menguji sebab nak mengampunkan dosa-dosa kita.
  4. Allah menguji sebab nak hukum dan sayang kita.

Untuk pengetahuan kamu, bukan hanya ini saja sebabnya. Boleh jadi ada lebih lagi sebab, tetapi untuk kali ini saya hanya senaraikan 4 sahaja. Apabila Allah menguji, kamu hanya ada dua pilihan, sabar dan redha atau sebaliknya.

“Sungguh menakjubkan urusan seorang mukmin. Semua urusannya adalah baik baginya. Hal ini tidak didapatkan kecuali pada diri seorang mukmin. Apabila mendapatkan kesenangan, dia bersyukur, maka yang demikian itu merupakan kebaikan baginya. Sebaliknya apabila tertimpa kesusahan, dia pun bersabar, maka yang demikian itu merupakan kebaikan baginya.”

(Riwayat Muslim)

  1. Jika bersabar dan redha, maka Allah akan menaikkan darjat kita di sisi-Nya. Darjat ini tak akan nampak pada mata kasar, seperti darjah kebesaran diRaja. Tetapi kesannya boleh dilihat dengan mata.

Contohnya, jika orang itu sabar dan redha, kamu akan nampak orang ini tenang dan boleh uruskan masalah dengan tersusun. Mukanya pun akan sentiasa senyum saja dan tidak mengeluh. Tetapi kalau sebaliknya, kamu sendiri akan nampak dia serba tak kena, cakap pun mencarut dan memaki hamun saja. Kemudian menyalahkan ramai orang. Lagi bahaya dia menyalahkan takdir.

Sebab itu para ulama’ apabila bercerita tentang sabar, mereka akan mengaitkan dengan akhlak. Contohnya, Syeikh Junaid al-Baghdadi bila ditanyakan tentang sabar, dia menjawab,

“Menelan kepahitan tanpa bermasam muka.”

            Imam Ahmad Al-Jariri pula sebut tentang sabar,

“Sabar adalah tidak memisahkan antara kenikmatan dan ujian dengan pemikiran yang tenang, sedangkan yang dimaksudkan penerimaan sabar adalah tenang menghadapi ujian dengan merasakan beratnya ujian.”

            Imam Ruwaim pula menyebut,

“Sabar ialah meninggalkan keluhan.”

            Tetapi kalau mula-mula dia tak sabar dan mengeluh, tetapi selepas beberapa ketika dia muhasabah diri semula, maka dia akan kembali ke pangkal jalan untuk mengurus ujian yang di hadapi dengan tersusun. Cumanya, dia tak dapatlah ganjaran pahala sabar yang sepenuhnya. Sebab Rasulullah ﷺ pernah bersabda yang bermaksud,

“Sesungguhnya kesabaran itu pada pukulan (musibah) pertama..”

(Riwayat Bukhari)

            Dengan kata lain, Allah menguji kita untuk membezakan antara orang yang betul-betul beriman dengan mulut, hati dan amal (termasuk orang yang sabar) dengan orang yang hanya pandai cakap saja.

  1. Seterusnya, Allah menguji sebab nak membimbing hati kita. Ini adalah hadiah yang paling istimewa buat orang yang beriman, bertawakal dan bersabar dengan ujian yang Allah berikan. Allah sebut di dalam al-Quran,

“Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”

(Surah At-Taghaabun 64 : 11)

Imam Jalaluddin Al-Mahalli dalam tafsirnya, menafsirkan يهد قلبه (Allah akan membimbing hatinya) dengan “Allah memberikan hambaNya petunjuk dengan memberikannya kesabaran menghadapi musibah yang menimpanya.”

Kenapa hati? Perasaan sedih, kecewa, marah, semua tu datang daripada mana? Hati kan? Jadi, Allah yang membimbing hati kita. Apabila Allah dah bimbing hati kita, maknanya Allah akan membimbing sekali perasaan, emosi, cara fikir, idea, tingkah laku dan perbuatan kita. Allah.. Saya boleh jamin pada kamu.

Kalau ada masalah kewangan, Allah akan bimbing hati untuk mencari punca kewangan. Kalau masalah kesihatan, Allah akan bimbing hati untuk mencari jalan penyembuhan.

Kalau ada masalah keluarga, Allah akan bimbing hati kita untuk mencari jalan keluar.

            Dan banyak lagi. Itulah harganya sekiranya kita bersabar dan kekal beriman sungguh-sungguh pada Allah. Allah akan bimbing hati kita, يَهْدِ قَلْبَهُ.

  1. Kemudian Allah menguji sebab nak mengampunkan dosa-dosa kita. Kita ini selalu berbuat dosa, dan ada kalanya dah banyak kali Allah tegur dengan cara “lembut”. Tetapi kita buat tak tahu saja. Sebab kita ambil remeh. Apabila kena “tegur” dengan ujian yang berat, barulah kita sedar dan nak berubah.

            Sama juga macam di dalam kelas. Kalau cikgu atau lecturer tegur baik-baik, semuanya nak pijak kepala. Tetapi apabila dah naik rotan ataupun sebat, semuanya akan diam menikus, takut dan insaf.

“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu kelelahan, atau penyakit, atau kekhuatiran, atau kesedihan, atau gangguan, bahkan duri yang melukainya melainkan Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya (dosa) kerananya.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

  1. Dan terakhir, Allah menguji sebab Allah nak ‘menghukum’ atas kesalahan yang kita sengaja dan berulang-ulang kali buat. Mesti ada yang pelik, kenapa Allah nak menghukum kalau betul Allah sayang? Ramai orang keliru, kalau sayangkan sesuatu, kita tak boleh menghukumnya. Salah fikiran macam ini.

            Contohnya, apabila ada seorang anak kecil berlari nak melintas jalan, tiba-tiba ada kereta nak melalui jalan itu, agaknya apa yang mak budak itu akan buat? Sudah pasti akan jerit sekuat mungkin untuk selamatkan anaknya. Dan apabila dapat tarik tangan anaknya, secara spontan dicubit tangannya. Adakah perbuatan maknya itu tanda dia benci dengan anaknya? Sudah pasti tidak. Tetapi dia marah sebab sayang! Wallahi, sebab sayang! Kalau mak itu benci, nescaya mak itu akan biarkan saja anaknya dilanggar. Buat apa susah payah menjerit dan berlari untuk selamatkan.

            Tetapi Maha Suci Allah yang melebihi daripada itu. Allah mencintai dan menyayangi kita melebih daripada seorang ibu menyayangi seorang anaknya. Allah menguji bukan semata-mata nak menghukum kesalahan kita, tetapi melebihi daripada itu, ia adalah tanda Allah SAYANG dan RINDU sangat pada kita. Wallahi, Allah sayang dan rindu pada kita. Sangat sayang. Dia Maha penyayang. Ibn Attoilah pernah menyebut,

“Apabila Allah menjadikan kamu rasa tidak seronok, jemu dan tidak tenang dengan makhluk-Nya, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Dia mahu membuka untukmu pintu perasaan tenang, gembira, seronok dan tidak kesepian dengan-Nya.”

            Bahkan Rasulullah bersabda dalam satu hadis qudsi,

“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.

(Riwayat Thabrani)

Tips Menghadapi Ujian Allah Pada Pukulan Pertama

            Ketahuilah, saya yang menulis ini pun sering kali gagal pada pukulan pertama saat ujian Allah itu datang. Tetapi, saya tetap ingin berkongsi sebagai peringatan khusus untuk diri saya sendiri.

  1. a) Yakin di dalam hati,bahawa setiap ujian daripada Allah adalah untuk menguatkan lagi iman dan nak menghapuskan segala dosa-dosa kita.Dan Allah hanya menguji bergantung pada sekuat mana iman kita. Tidak lebih, dan tidak kurang. Satu ketika, Rasulullah ﷺ pernah ditanya oleh seorang sahabat, “Siapakah orang yang paling berat ujiannya?” Baginda menjawab,

“Para Nabi, kemudian orang yang seperti mereka sesudahnya, dan orang yang seperti mereka berikutnya lagi. Seseorang akan diuji sesuai kadar (kekuatan) agamanya. Jika (pegangan) agamanya kuat, maka ujiannya akan bertambah berat. Jika agamanya lemah, maka akan diuji sesuai kadar kekuatan agamanya. Maka senantiasa seorang hamba diuji oleh Allah sehingga dia dibiarkan berjalan di atas permukaan bumi tanpa memiliki dosa.”

(Riwayat Tirmidzi)

Dalam hadis lain, Rasulullah ﷺ bersabda yang bermaksud,

“Tidaklah seorang Muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan, gundah-gulana hingga duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan sebahagian daripada dosa-dosanya.”

(Riwayat al-Bukhari)

Dan banyak lagi hadis yang beritahu kita bahawa setiap ujian adalah bergantung sejauh mana keimanan kita, dan ia juga sebagai satu proses penghapusan dosa.

  1. b) Jangan cuba membanding-bandingkan ujian kita dengan orang lain. Ketahuilah, Allah menguji setiap orang BERBEZA-BEZA. Sebab apa? Sebab kemampuan setiap orang berlainan. Ujian yang dilalui adalah sesuai dengan kemampuan orang itu. Allah tidak akan beri ujian secara ‘pukul rata’. Ujian yang saya lalui, tak semestinya kamu boleh lalui. Begitu juga ujian yang kamu lalui, tidak semestinya saya boleh lalui.

            Ada orang diuji dengan perceraian ibu bapa, hidup dalam kemiskinan sehingga merempat, hidup dalam keluarga yang jauh daripada agama, susah belajar, cacat anggota, dan sebagainya. Tetapi ada orang lain diuji dengan hidup kaya raya sampai harta melimpah ke jalan raya, hidup dalam keluarga yang sangat kuat amalkan agama, terlalu genius dengan kadar IQ 999, terlalu sempurna anggota, dan sebagainya. Itu semua ujian walaupun nikmat yang diberi keliling pinggang.

            Ada orang diberi ujian kemiskinan, tetapi dia bersabar, akhirnya dia berjaya keluar daripada garis kemiskinan dalam tempoh beberapa tahun. Tetapi ada orang lain diberi ujian kekayaan, namun dia terlalu tamak, akhirnya muflis dan merempat di tepi jalan sampai bertahun-tahun lamanya. Begitulah seterusnya. Jadi teman, jangan bandingkan diri kita dengan orang lain.

  1. c) Jangan cuba melarikan diri daripada masalah. Hadapi, dan berusaha untuk selesaikan walaupun mengambil masa bertahun-tahun lamanya. Bahkan mungkin mengambil masa seumur hidup. Yang penting, hadapinya, jangan putus asa. Putus asa bukan satu pilihan. Semakin kita lari daripada masalah, semakin besar masalah itu mengejar kita. Ada orang cuba lari daripada masalah dengan harapan hati akan tenang. Ketahuilah, kalau tenang pun, ia cuma sementara saja. Hakikatnya, kita tak boleh menipu diri sendiri.

Wallahu’alam.
Saya doakan moga kita semua mampu menghadapi ujian yang dihadapi masing-masing. Ameen.

Tulisan ini diambil daripada

  • https://www.hmetro.com.my/addin/2018/10/390560/dugaan-tanda-Allah-sayang
  • https://malaysiamerdeka.com/kalau-Allah-sayang-kenapa-Allah-uji-aku-seberat-ini/

Kata kunci: Allah uji sebab allah sayang, Allah uji sebab kita mampu, Allah uji sebab sayang