Seperti biasa, orang-orang kita sering dihantui dengan kisah-kisah misteri… paling takut apabila ia melibatkan jin.
Pernah dengar cerita jin jatuh hati dengan manusia? Perkara itu sering dikaitkan dengan individu yang mempunyai lebam-lebam misteri pada beberapa bahagian tubuh. Lebih tepat, lebam itu umpama “gigitan cinta” yang ditinggal jin pada tubuh si mangsa pilihannya. Ish, seram kan?
Tetapi, adakah fakta ini logik mengikut pemahaman moden generasi milenial?
Biarpun ia sering mengundang perdebatan, hujah-hujah yang dikeluarkan sering sahaja ‘loggar’ tanpa gabungan fakta kukuh.
Ia juga sering ditanya kepada para ustaz apakah benar lebam di badan yang secara tiba-tiba muncul tanpa sebarang tanda kesakitan itu adalah angkara jin, namun jawapan yang lebih tepat mungkin berbalik kepada pemahaman individu masing-masing. Scara dasarnya lebam yang disebabkan oleh benda ghaib mungkin benar akan tetapi lebam yang dikatakan berlaku kerana reaksi dalaman tubuh adalah jauh lebih logik.
Lebam di Badan Tanpa Sebab
Kemunculan ruam atau lebam ini berlaku disebabkan oleh pecahnya saluran darah kecil pada satu bahagian badan, seperti peha, lengan atau punggung.
Dalam dunia perubatan, nama saintifik bagi tompokan ruam ini dipanggil purpura simplex, namun situasi di mana seseorang itu mudah lebam tanpa sebab jelas juga perlu diberi perhatian.
Terdapat beberapa penyakit kronik dengan simptom seperti lebam, lebih-lebih lagi jika anda mengalami lebam ini disertai dengan pelbagai penyakit lain.
Keadaan ini sukar dielakkan, terutamanya jika anda bersenam atau melakukan aktiviti fizikal yang berlebihan.
Lebam di Kaki Tanpa Sebab
Menurut Pakar Kardiologi, Dr Choor Chee Ken, dalam meniti dunia moden seharusnya tanda lebam yang berlaku ketika tidur itu tidak dikaitkan dengan gangguan mistik atau digigit hantu.
Ada penerangan lebih rasional dan berasaskan saintifik bagi menjelaskan bagaimana masalah lebam boleh timbul tanpa sebarang trauma.
Katanya, masalah lebam yang muncul selepas tidur berkait dengan fisiologi tubuh individu khususnya mereka yang mempunyai saluran darah lebih tipis dan rapuh.
“Masalah lebam muncul tiba-tiba selepas bangun tidur sebenarnya bukanlah disebabkan gangguan mistik ataupun ‘dicubit’ hantu, sebaliknya ia boleh terjadi andai individu itu mempunyai saluran darah lebih nipis.
“Biasanya keadaan ini sering menimpa wanita kerana saluran darah wanita lebih kecil dan tisu kulit mereka lebih tipis berbanding lelaki. Namun ia tidak berbahaya dan boleh pulih tanpa rawatan,” katanya.
Kata Dr Choor, dalam kebanyakan kes, kecederaan menjadi punca utama lebam tetapi ada juga keadaan di mana lebam bukan disebabkan kemalangan atau trauma.
“Umumnya, lebam adalah keadaan di bawah permukaan kulit yang mana sel darah merah terkeluar daripada saluran darah di permukaan kulit. Apabila sel darah yang asalnya berwarna merah ini terkeluar, ia akan bertukar warna menjadi ungu apabila tidak mendapat oksigen.
Lebam di Lutut Tanpa Sebab
Keadaan memar pada badan tanpa prekursor atau trauma yang boleh dikatakan muncul tanpa sebab, boleh menjadi tanda masalah dalam sel darah anda. Ini boleh disebabkan oleh
- Terdapat gangguan pada sel darah anda, terutamanya platelet dan faktor pembekuan darah seperti thrombocytopenia, terutamanya idiopathic thrombocytopenia purpura (ITP), penyakit von willebrand
- Sebagai akibat penggunaan dadah penipisan darah seperti aspirin, warfarin
- Keadaan klinikal tertentu yang mengganggu penggumpalan darah seperti sirosis, lupus, leukemia
- Terdapat jangkitan pada saluran darah seperti vaskulitis
- Terdapat kekurangan nutrien tertentu seperti vitamin K, C, B12, dan asid folik
Rujuk doktor anda mengenai keadaan yang anda alami. Pemeriksaan fizikal boleh membantu menilai punca. Satu lagi pemeriksaan penting ialah ujian darah. Rujuklah tentang penggunaan penipis darah, terutamanya jika anda menggunakan penipisan darah, makan makanan yang mengandung vitamin K seperti sayuran hijau, bawang.
Lebam di Paha Tanpa Sebab
“Kaki saya selalu ade kesan lebam kadang kadang pada bahagian peha tanpa sebab. Tak sampai lebam lama hilang ade lebam baru naik. Boleh kira kaki penuh dengan kesan lebam je”
Lebam diakibatkan pendarahan kecil dibawah kulit yang selalunya tidak bahaya. Ia akan hilang dan sembuh dengan sendirinya. Untuk makluman anda, masalah mudah berdarah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pengambilan ubat cair darah
- Bilangan platelet rendah
- Kekurangan pengambilan zat besi, zat folate dan vitamin b12
- Minuman beralkohol
- Mengandung
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor terdekat
Lebam di Tangan Tanpa Sebab
“lebam2 biru gelap selalu naik di bahagian kaki dan tangan… Lebam tu naik silih berganti,dalam masa 4 hari lebam lama akan hilang dan lebam baru akan muncul… Saya ambil ujian darah d klinik swast…hasil nya ujian darah saya ok, buah pinggan,hati,kolestrol semuanya ok… Saya ke klinik kerajaan pula untuk ambil ujian darah… Bacaan darah putih saya 10.7, doc kata itu tak bahaya… Bukan lukemia…jadi apa yang merunsingkan saya sekarang,lebam saya tak pernah berhenti”
terdapat beberap penyakit yang boleh menyebabkan gejala senang lebam pada bahagian badan iaitu:
- Sindrom Cushing (Penyakit cushing)
- Penyakit darah kurang sel platelet
- Hemofilia A atau B (penyakit pembekuan darah yang lemah)
- Penyakit hati
- Kurang nutrisi
- Penyakit von Willebrand
- Kekurangan vitamin K, C dan B
- Memakan ubat-ubatan seperti aspirin, ibuprofen dan steroid.
- Memakan makanan supplemen organik seperti minyak ikan, ginseng, vitamin E , dan halia.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor anda sekali lagi sekiranya gejala yang anda hadapi semakin teruk dan berpanjangan
Lebam di Betis Tanpa Sebab
Pasti ramai yang pernah ada lebam bila bangun sahaja dari tidur. Padahal tak ada terjatuh atau bertumbuh dengan orang pun. Dan pastinya lebam tersebut selalunya berada di betis, peha dan lengan. Kenapa jadi begini eh? Ada penyakit atau pun benda ghaib?
Mungkin ada benarnya disebabkan benda ghaib, tetapi lebih logik dan meyakinkan jika dikatakan ia adalah reaksi dari dalam tubuh badan.
Macam mana boleh ada lebam?
Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad, lebam berlaku apabila kulit kita terdapat pengumpulan darah apabila salurah darah kecil pecah di bawah kulit. Jadi, pengumpulan darah ni akan memberi efek warna merah atau biru kekuningan. Lebam ini juga akan hilang dalam masa 2 minggu.
Kalau lebam disebabkan terhantuk pada objek pula dipanggil ecchymosis. Salur darah kecil tu akan pecah dan buatkan darah terkumpul di situ. Mula-mula akan bengkak dan seterusnya menghasilkan tompok darah beku yang dipanggil lebam.
Tulisan ini diambil daripada:
- https://www.mstar.com.my/xpose/famili/2021/11/19/betul-ke-lebam-pada-badan-sebab-digigit-hantu-jom-ambil-tahu-penjelasan-saintifik-ini
- https://www.hmetro.com.my/sihat/2019/10/503994/kesan-lebam-bukan-mistik-metrotv
- https://www.alodokter.com/komunitas/topic/memar-dan-biru-dikulit
- https://www.doctoroncall.com.my/tanya/soalan/lebam-di-kaki-dan-tangan/101430
- https://www.doctoroncall.com.my/tanya/soalan/lebam-pada-kaki-dan-paha/30945
- https://diva.my/2017/131889/punca-lebam-misteri-timbul-di-badan-angkara-hantu-atau-penyakit/
Kata kunci:
- badan lebam tanpa sebab
- betis lebam tanpa sebab
- lebam di badan tanpa sebab
- lebam di kaki tanpa sebab
- lebam di lutut tanpa sebab
- lebam di paha tanpa sebab
- lebam di tangan tanpa sebab
- lebam tanpa sebab
- lutut lebam tanpa sebab