Ikan Puyu Mati, Apa Sebab ni?

Amalan ni mungkin ada yang buat. Tapi kena tahu, niatnya kena betul. Kenapa? Ini jawapan ustaz.

Orang-orang tua dulu kata, ada pendapat mengatakan dengan cara kita membela bela ikan di dalam akuarium rumah dengan cara kita membela bela dalam kolam depan tangga boleh hindar pukau.

Ustaz Sharhan menyatakan,

“Tiada dalam nas atau riwayat, hanya pendapat orang tua”

Jika betul pun itu hanyalah satu kebetulan

Jika bela ikan dalam akuarium atau ikan puyu dengan harapan dan keyakinan jika ada kuasa yang boleh menghindarkan kuasa ghaib yang boleh hindar daripada pukau, ini adalah syirik yang terang. Jadi hati-hati dengan niat anda.

“Bagaimana niat yang betul?”

Sambung ustaz lagi,

“Jika kita beriktikad, bahawa aku bela ikan puyu ni bukan ada kuasa pun, tapi dengar-dengar kata orang tua dulu, boleh menghindari daripada pukau, maka dengan bela ikan puyu ni”

Jika Allah izinkan, maka Insya-Allah dengan itu boleh hindari rumah aku daripada pukau… tiada masalah” …

Kesimpulannya, kita hanya bergantung kepada Allah, bukan kepada ikan itu untuk menghindari pukau daripada masuk ke rumah kita.

Wallahualam.

Viral Cerita Seekor Demi Seekor Ikan Puyu Mati

Dek kerana hasad dengki dan cemburu dengan kebahagiaan orang lain, ada juga manusia yang tergamak menggunakan cara halus atau ilmu hitam semata-mata mahu melihat orang tersebut menderita.

ikan puyu mati sihir

Di Facebook, Puan Shahila berkongsi kisah dia dan suami terpaksa menanggung derita selepas terkena buatan sihir oleh manusia yang tidak berhati perut.

Menurut Shahila, dia dan suami membela ikan beta dan ikan puyu di dalam rumah. Pada suatu hari, mereka terkejut apabila kesemua ikan yang dibela itu sudah mati.

Sebagai manusia biasa, mereka mempunyai tanggapan bahawa ikan tersebut mati kerana terlebih makanan mahupun keadaan cuaca yang agak panas pada masa tersebut. Namun begitu, kejadian yang sama masih berulang meskipun, mereka sudah menggantikan ikan yang baru.

Lebih teruk, ikan puyu yang dibela itu mengeluarkan darah dari mulut. Manakala seekor lagi pula, telah menjadi butan. Badan ikan tersebut juga telah bertukar menjadi merah dan kebiruan.

Tambah Shahila, dia telah mengikut nasihat kakak dan sahabatnya untuk pergi pusat perubatan Islam. Semasa berubat, Shahila mendapat tahu bahawa dia terkena sihir.

Sedih mendengar berita tersebut, Shahila memberitahu bahawa dia tidak pernah menggangu sesiapa dan hanya fokus mengenai perniagaannya sahaja demi membantu suami. Shahila turut memohon agar individu yang melakukan perbuatan terkutuk itu segera bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

Tulisan ini diambil daripada:

  • https://ohbulan.com/seekor-demi-seekor-ikan-puyu-mati-wanita-ini-terkejut-bila-dapat-tahu-sebenarnya-disihir
  • https://www.islamituindah.my/ustaz-ajar-niat-yang-betul-kalau-nak-bela-ikan-puyu-di-rumah-untuk-elak-pukau/

Kata kunci:

  • sebab import malaysia dari china meningkat
  • sebab import malaysia meningkat

Leave a Comment