Kursus Joomla! 1.5 Siri 1 2009 telah berjaya dijalankan pada 3 hb Januari 2009. Seramai 15 org peserta telah hadir yang mana terdiri daripada pelbagai lapisan umur, jawatan dan organisasi (hampir separuh mewakili beberapa IPTA). Kepada para peserta diucapkan ribuan terima kasih kerana sudi turut serta dalam kursus ini. Pihak kami juga ingin memohon maaf, jika terdapat sebarang masalah samada masalah dari segi logistik, mahupun masalah dari segi perjalanan kursus.
Sebanyak 10% dari hasil kursus tersebut akan disumbangkan kepada aktiviti komuniti.(Akan diberitahu kelak)
Selamat Tahun Baru Hijrah , Selamat Tahun Baru Masihi dan Selamat Berhijrah kepada Joomla!.
Terima Kasih. Jumpa lagi dalam sesi lain.
Kursus Membangunkan Laman Web menggunakan Joomla! 1.5 - 2009
Written by Firdaus
Wednesday, 17 December 2008
Joomlamalaysia.org sekali lagi akan menganjurkan satu Kursus membangunkan laman web menggunakan Joomla! 1.5.x ( Dijangkakan akan menggunakan Joomla! 1.5.8 ) dan amat mengalu-alukan kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti kursus ini.
Kursus Membangunkan Laman Web menggunakan Joomla! 1.5 - 2009
Tempat:
Tesol Training Center, Fasa 3, Bandar Baru Bangi. (Berhampiran dengan UKM Bangi)
Tarikh:
03 JANUARI 2009 (Sabtu)
Masa:
9:00 Pagi ~ 5:00 Petang
Bayaran:
RM 150 / Peserta Biasa RM 100 / Pelajar (Student)
Komputer Disediakan
Makan Tengah hari Disediakan
Percuma E-book Joomla! 1.5
Siapkah yang harus menyertai Kursus ini?
Anda pengguna baru dan ingin mempelajari joomla! dengan cepat
Anda yang berminat untuk membangunkan laman web/portal, blog dan lain2 lagi.
Anda yang ingin membangunkan laman intranet atau laman komuniti.
Anda bukannya orang teknikal serta tidak mempunyai pengetahuan berkenaan dengan pengaturcaraan komputer tetapi berminat untuk membangunkan laman web.
Apakah pengetahuan yang perlu anda ada untuk mengikuti kursus ini?
Disebabkan tempat yang disediakan adalah terhad, 20 peserta pertama yang mengesahkan pendaftaran sahaja yang akan diterima. Pengesahan boleh dilakukan dengan menjelaskan yuran penyertaan. Sila masukkan yuran ke :
CIMB Bank 14330000457203 (Mohd Sallehuddin Mad Yusuf), kemudian emelkan maklumat berikut ke
Alamat emel ini akan dilindungi dari spam bot, anda perlu aktifkan javascript untuk lihat
:
1. Nama 2. No Phone (sebaiknya handphone) 3. Jawatan 4. Organisasi 5. Jumlah Transaksi (RM 150 untuk peserta & RM 100 untuk pelajar) 6. Maklumat bank slip yuran - tarikh, masa, jenis transaksi
* tuliskan tajuk "Pendaftaran Training Joomla
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi : Mohd Sallehuddin Mad Yusuf ( 013-7664339 ) atau Firdaus (012-6889194)
p.s : ada kesilapan pada no telefon yang dipaparkan pada sebelum ini. Segala kesulitan amat dikesali
Tarikh tutup penyertaan 1 Januari 2009 (Khamis) 2 January 2009 , jam 12 Malam
a. 10% daripada yuran akan disalurkan kepada aktiviti dan pembangunan Komuniti Joomla!Malaysia
Komuniti Joomla kini mengumumkan ketibaan satu lagi update terkini iaitu Joomla 1.5.8 [Wohnaiki]. Pakej ini mengandungi beberapa pembaikan pepijat dan dua aras keselamatan juga telah diperbaiki.Jangka masa versi ini dikeluarkan adalah 2 bulan selepas Joomla 1.5.7 dilancarkan iaitu pada 9 September 2008. Pasukan pembangun mensasarkan penambahbaikan yang lebih kerap untuk komuniti Joomla.